5 Foto Syatilla, kekasih baru Shaheizy Sam

Peminat pasti masih ingat kisah cinta Sam dengan pelakon baru yang semakin mencipta nama, Syatilla Melvin. Bagaimanapun, hubungan terbina tidak berpanjangan kerana tidak mendapat restu orang tua.

Namun, baru-baru ini ada yang menyampaikan berita gembira kepada Cik Pang yang Syatilla dan Sam kembali bersama. Ibarat cinta terputus kembali bertaut. 

Lebih menggembirakan apabila hubungan mereka turut mendapat restu orang tua. Buktinya, Syatilla dilihat sering keluar dengan ibu Sam yang lebih popular dipanggil Mummy dalam kalangan rakan industri. 

Mereka juga sering memuatnaik gambar saat mesra keluar dan membeli-belah bersama dan perkara itu pasti menjadi bukti hubungan Sam dan Syatilla kembali baik. 

Bila cinta kembali bertaut, nampaknya tidak lama lagi akan sampailah kad jemputan pernikahan dan perkahwinan Sam dan Syatilla atas meja Cik Pang. 

Itu doa Cik Pang untuk pasangan ini, moga jadi kenyataan. Sebabnya sebelum ini Sam beritahu rakan media, dia memang mahu berkahwin dalam usia sekarang. Tak gitu Sam?

Sumber asal artikel : Harian Metro







0 Response to "5 Foto Syatilla, kekasih baru Shaheizy Sam"

Catat Ulasan

dzulCYBER