Jasmin Hamid kongsi gambar-gambar kahwin di Instagram?

Lama dah tak dengar cerita pasal pelakon Jasmin Hamid ni kan? Meskipun ceritanya di media kurang mendapat liputan tetapi Murai Batu mengikuti pelakon popular dari era 90-an ni di dalam laman sosial Instagram miliknya.

Baru-baru ni, Murai Batu terkejut apabila dia berkongsi gambarnya di Instagram dalam pakaian perkahwinan yang diarak menaiki kereta kuda.

Tapi gambar tu seperti gambar lama, Murai Batu ingtakan gambar perkahwinannya dulu, rupa-rupanya gambar tu merupakan gambar bersandingnya dengan aktor Aaron Aziz dalam salah satu babak drama Dol dan Minah Nak Kahwin.

Tak silap drama itu pernah ditayangkan beberapa tahun yang lalu dan gambar itu pon gambar lama.


Berikut merupakan kapsyen Jasmin:

“Minah berangan nak jadi Princess dengan Dol @aarondwiaziz yang memang kedekut. Kahwin naik kereta kuda konon dalam zoo Singapore. Hebat Bukan? #beauty #love #happy #holiday #fresh #fabulous #power #destiny.”

Apa-apa pun Murai Batu kagum dengan Jasmin, sehingga kin dia masih lagi aktif berlakon dan lakonannya masih lagi hebat seperti dulu. Murai Batu ucapkan semoga maju jaya Jasmin!






0 Response to "Jasmin Hamid kongsi gambar-gambar kahwin di Instagram?"

Catat Ulasan

dzulCYBER