4 Foto aksi Dato’ Siti Nurhaliza naik Jentolak bantu mangsa banjir

Sanggup meredah banjir dan merasa sendiri penderitaan yang dialami mangsa-mangsa banjir selain menghulurkan sumbangan dan bantuan, penyanyi tersohor negara Dato’ Siti Nurhaliza datang terus kepada pihak yang sedang diuji malapetaka banjir saat ini.

Anak jati negeri Pahang ini, turun padang menyaksikan sendiri situasi banjir yang menimpa kawasan kampung halamannya di Kuala Lipis.

Kenderaan yang dinaiki penyanyi nombor 1 ini pula memang amat jarang iaitu jentolak bagi meredah kawasan yang dipenuhi selut banjir.

Saksikan gambar Dato Siti Norhaliza dalam misi bantuan banjir Kuala Lipis di bawah ini. Mesti ramai jejaka gagah kat luar sana yang tercabar, tak gitu? - Blog Taotauajer.






0 Response to "4 Foto aksi Dato’ Siti Nurhaliza naik Jentolak bantu mangsa banjir"

Catat Ulasan

dzulCYBER