Sebab sebenar Tiz Zaqyah tinggalkan dunia glamor?

Sebab sebenar Tiz Zaqyah tinggalkan dunia glamor? - Pelakon wanita Tiz Zaqyah akan cuba untuk kurangkan berlakon untuk menumpukan perhatian kepada syarikatnya KL Calling.

KL Calling merupakan syarikat urus acara, untuk menganjurkan pelabgai aktiviti-aktiviti dan majlis korporat.

“Saya sebenarnya merindui untuk menjalani kehidupan biasa seperti dahulu yang tidak dikenali ramai dan pergerakan saya juga tidak terbatas.”

“Untuk menghidari seketika dunia glamor, menganjurkan aktiviti belia antara cara saya untuk menjadi orang biasa. Lebih-lebih lagi majlis yang melibatkan badan-badan kebajikan, saya sangat seronok membantu mereka,”
katanya kepada portal Murai.com.my.


Ketika ditanya adakah dia tergugat dengan bakat-bakat baru sehingga dia ingin menjauhkan diri daripada dunia glamor?

Tiz memberi penjelasan, dia tidak tergugat dengan pelakon baru malah dia mengalu-alukan kedatangan mereka untuk memeriahkan lagi industri lakonan tanah air.

“Tak rasa pun tergugat, saya masih lagi seronok untuk berlakon dan ikhlas melakukannya demi peminat saya. Lagipun tak salah pun nak bersaing, orang kata bersaing secara sihat,” seloroh Tizz sambil gelak ketawa.

Dalam perkembangan lain, Tiz melakonkan watak sebagai jururawat klinik dalam drama terbaru arahan Jehan Miskin iaitu Seludup.

Seludup bakal ditayangkan pada 4 Disember depan, jam 9.30 malam di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

0 Response to "Sebab sebenar Tiz Zaqyah tinggalkan dunia glamor?"

Catat Ulasan

dzulCYBER