RESEPI KEK KUKUS : Kek pandan Tabur Nangka

Bahan-bahan :-
  1. 4 biji telur
  2. 120 gram gula pasir
  3. 1/2 sdt pelembut kek (ovalet)
  4. 180 gram tepung gandum berprotein sederhana
  5. 1/2 sdt baking powder
  6. 1/4 sdt soda bikarbonat
  7. 50 ml santan pekat
  8. 50 ml minyak sayur
  9. 40 ml air daun pandan (dari 20 helai daun pandan + 40 ml air)
  10. 1/2 serbuk pandan
  11. Potongan nangka secukupnya, untuk taburan
Cara-cara membuat :-
  1. Pukul telur, gula pasir dan pelembut kek hingga mengembang dan likat.
  2. Masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat sambil diayak dan digaul rata.
  3. Tuang santan, minyak, air daun pandan dan serbuk pandan, gaul perlahan hingga sebati. 
  4. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan di atas loyang. 
  5. Taburkan potongan nangka di atasnya.
  6. Kukus ke dalam pengukus selama 20 minit dengan api besar hingga masak. Angkat.
  7. Sajikan.

Selamat mencuba ya. Sila SHARE kalau korang suka dengan resepi ini.

0 Response to "RESEPI KEK KUKUS : Kek pandan Tabur Nangka"

Catat Ulasan

dzulCYBER