Punca sebenar Pandelela Rinong kemalangan teruk di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur

Penerjun kebangsaan, Pandelela Rinong terselamat dari sebarang kecederaan apabila terlibat dalam kemalangan di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 pagi itu, Pandelela dikatakan merempuh pembahagi jalan bagi mengelakkan kenderaan lain yang masuk ke laluannya.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan dilaporkan berkata, Pandelela menuju ke Bukit Jalil dari Sentul untuk pulang ke rumah selepas makan malam dengan rakan-rakannya.

Kejadian kemalangan itu disahkan berpunca daripada tindakan sebuah kereta yang tiba-tiba membelok ke lorong laluan yang digunakan oleh kereta Pandelela dan menyebabkan penerjun itu hilang kawalan selepas cuba mengelak kereta berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati kereta lain tiba-tiba membelok ke lorong laluan yang digunakan oleh kereta Pandelela, menyebabkannya hilang kawalan dalam usaha untuk mengelak kenderaan terbabit dan merempuh pembahagi jalan dan papan tanda,” katanya.

Pandelela Rinong anak Pamg, 21, melakar rekod sebagai atlet wanita pertama memenangi pingat pada Sukan Olimpik di London pada tahun 2012.

Kemalangan tersebut menyebabkan kereta yang dipandu Pandelela mengalami kerosakan teruk, bagaimanapun Pandelela dilaporkan terselamat - Sinar Harian


0 Response to "Punca sebenar Pandelela Rinong kemalangan teruk di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur"

Catat Ulasan

dzulCYBER