Punca sebenar Nurul Wahab tiba-tiba menangis

Tidak mudah untuk bergelar seorang wanita apatah lagi memikul tanggungjawab besar selaku isteri kepada suami tercinta dan ibu kepada anak-anak yang dikasihi. Namun, bagi penyanyi Nurul Wahab, kesempatan menjalani kehidupan berumah tangga merupakan satu nikmat baginya. 

Perasaan disayangi dan menyayangi antara dia, suami dan anak-anak merupakan saat berharga bagi Nurul. Sedang hamil enam bulan, anak keduanya hasil pernikahan dengan Eric Depp, Nurul berkongsi pengalamannya bakal bergelar ibu buat kali ketiga.

“Kali ini saya alami alahan yang agak kuat berbanding kehamilan yang dulu. Biasalah setiap kehamilan pun lain pengalamannya. Ketika mengandungkan Zachery dahulu, tak ada alahan pun yang saya alami. Tapi kali ini saya cepat penat dan mudah rasa mengantuk. Selain itu juga, saya juga alami ‘morning sickness’ yang agak teruk."

Mengakui emosinya turut senang terganggu, Nurul memilih untuk sentiasa bersikap positif kerana bagi pelantun 'Aku Cinta Aku Rindu ini', kawalan emosi amat perlu bagi mengelakkan diri berasa tertekan. Selain itu, pengambilan makanan tambahan seperti vitamin juga memainkan peranan penting di samping rehat yang cukup.


GUA turut bertanyakan ibu kepada Ayu dan Zachery ini sama ada inginkan anak lelaki atau perempuan kali ini. Tidak meletakkan sebarang pilihan, Nurul menganggap kehamilan kali ini merupakan satu pemberian yang tidak ternilai baginya.

“Sejujurnya saya tak ada nak anak lelaki ke atau perempuan. Bagi saya, Alhamdulillah Allah dah beri saya rezeki anak. Ada pasangan yang menunggu lama untuk mendapatkan zuriat dan saya bersyukur atas nikmat ini."

Cerita Nurul lagi, hasrat dia dan suaminya untuk memberi kejutan kepada keluarga suaminya di Perancis akan berita kehamilannya tidak kesampaian apabila keluarga suaminya itu terlebih dahulu mengetahuinya.

“Mula-mula nak beri kejutan semasa saya pulang menziarahi mereka di Perancis bulan September lalu. Tapi sepupu Eric terlebih dahulu memberi ‘hint’ pada keluarga suami di sana. Saya dah agak yang kejutan ni tak akan jadi bila ibu mentua mesej saya dekat Skype sebelum ke sana 'Jumpa anda berempat’. Setibanya di sana, mereka semua menyambut kepulangan kami dengan ucapan tahniah dan ibu mentua saya sendiri menangis sebab terlalu gembira dengan berita ini," tambah penyanyi berusia 37 tahun ini.

Bercakap mengenai perkembangan dunia seninya, Nurul memberitahu sudah pun mempunyai perancangan untuk aktif tahun hadapan. Tahun 2015 juga bakal menyaksikan anak seni ini meraikan ulang tahun ke 20 nya bergelar seorang penyanyi. Mengakui rindu untuk kembali beraksi di pentas, Nurul yang kini memberi fokus kepada keluarga akan membuat kemunculan khas sebagai penyampai trofi di Anugerah Industri Muzik (AIM) 21 yang akan diadakan 6 Disember ini.

“Insya-Allah, saya akan kembali aktif dalam bidang nyanyian tahun hadapan selepas saya selesai melahirkan dan menguruskan pantang saya. Lagu-lagu dah ada dan perbincangan dengan komposer pun dah selesai cuma menunggu keputusan akhir dibuat. Siapa yang terlibat dan bagaimana konsep album itu, kena tunggu sampai pengumuman seterusnya dari masa ke semasa," ujar Nurul.

Sebelum mengakhiri perbualan, GUA sempat bertanyakan Nurul akan rahsia beliau kelihatan cukup anggun dan ceria walaupun sedang hamil. Bagi Nurul, sentiasa positif dalam kehidupan dan berbuat baik kepada semua orang merupakan antara sikap yang membolehkannya menjalani kehidupan yang gembira - Portal GUA

0 Response to "Punca sebenar Nurul Wahab tiba-tiba menangis"

Catat Ulasan

dzulCYBER