Foto cincin tunang Neelofa tersebar?

Wahhhhh. Okay tu je reaksi kami bila terpandang gambar sebentuk cincin di Instagram Neelofa berserta caption ‘loml’ ala-ala mengundang orang untuk berteka-teki.

Kalau mengikut fahaman dan translasi dari kamus Google, ‘loml’ yang sering digunakan oleh generasi internet sekarang bermaksud ‘Love of My Life’. Ehemm apakah makna semua ini?

Dari apa yang kami baca di ruangan komen, rata-ratanya mengucapkan tahniah dan berpendapat cincin berkenaan adalah tanda Neelofa sudah dirisik seseorang.

Kalau betul, maka tak lama lagi kita akan menyaksikan Neelofa menyarungkan pakaian pengantin dan bersanding di atas pelamin. Agak-agak boleh diiktiraf Wedding of the Year tak?

Tapi apa yang kelakar, ada juga yang terus-terusan mengucapkan Selamat Pengantin Baru dan seakan memberi hint bahawa Neelofa adalah bakal Permaisuri. Hmm tak beranilah kami nak cakap lebih-lebih selagi tuan punya badan belum buat statement.

Apapun, kita doakan yang terbaik sahajalah untuk Neelofa. Mungkin masanya sudah tiba untuk si cantik manis ini menjelaskan apa yang sepatutnya seperti yang telah dikatakan beberapa bulan lepas.

Sumber asal : Portal Ohbulan




1 Response to "Foto cincin tunang Neelofa tersebar?"

  1. Isteri sultan mizan sultan terengganu lg lawa...org biasa jg

    BalasPadam

dzulCYBER