Eina Azman dikecam parking kereta di Stesen Petronas Solaris

Umum tahu, di hari perkahwinan yang lalu artis wanita, Eina Azman, mendapat kereta rare dari suaminya, Chevrolet Camaro. 

Terbaru, kereta Eina Azman ini ditemui parking di tempat mengisi minyak di stesen Petronas Solaris. Eina Azman didakwa sengaja meletakkan keretanya di situ dan kemudian pergi makan di Subway.

"Mohon rakan-rakan doakan mereka mendapat hidayah. Parking kat petrol pum and then dine in kat Subway. Perangai tipikal bangsawan ekspress. Aku tak kisah kau Datuk Paduka ke, pelakon ke, parking ada kot, boleh pulak kau parking kat situ."

Itulah masalahnya bila menjadi artis, ramai mata yang memandang, lebih-lebih lagi jika seseorang artis itu sangat popular.

Baru-baru ini juga, kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang didapati parking di tempat yang tidak sepatutnya. Mungkin benar kata si pendedah gambar di atas, golongan bangsawan ekspress ini memang perangainya begitu.

Sumber asal : Blog Mymediahubonline



0 Response to "Eina Azman dikecam parking kereta di Stesen Petronas Solaris"

Catat Ulasan

dzulCYBER