Budi Citawan makan hati Remy Ishak ada kekasih baru?

Pada mulanya kami ingat bahawa Budi Citawan merupakan cinta hati Remy Ishak, namun jangkaan kami meleset apabila akhirnya pelakon kacak itu mengumumkan bahawa dia kini sedang mengenali hati budi Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof yang juga merupakan rakan kongsinya.

Jadi, apabila kami terima emel berserta gambar-gambar screenshot daripada peminat ini semalam, kami juga bagai dapat merasakan aura kekecewaan yang melanda Budi.

Nak dijadikan cerita, foto-foto itu dikatakan dimuat naik selepas Remy membuat pengumuman mengenai hubungannya dengan Roszaliza. Adakah ia merupakan satu kebetulan atau sememangnya kata-kata penuh emosi itu ditujukan buat Remy?


Kami agak tertarik dengan hashtag yang digunakan di caption fotonya iaitu #youvechanged #soshutitdown #beingused. Macam frust menonggeng bunyinya.

Bagaimanapun, nampaknya ramai juga yang dilihat memberi sokongan dan kata-kata semangat buat Budi. Takpelah. Kumbang bukan seekor. Mungkin akan ada yang lebih baik? You Go Girl!

Sumber asal : Portal Ohbulan


0 Response to "Budi Citawan makan hati Remy Ishak ada kekasih baru?"

Catat Ulasan

dzulCYBER