7 Foto percutian menarik Eina Azman dan suami di Australia

Oh..tidak! Gold Coast yang kami maksudkan di headline tersebut bukanlah yang berada di Morib tu ya, tapi yang nun berada jauh di bumi Australia.

Sudah tentulah Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden akan bercuti di luar negara kan? Punyalah banyak duit sampai tujuh keturunan makan pun tak habis agaknya. Hehe.

Mana taknya, seingat kami Eina dan suami baru sahaja pergi berbulan madu di pulau idaman semua orang, Pulau Maldives setelah majlis perkahwinannya selesai. Sekarang ni dah pergi trip ke Gold Coast pula. Syok laaa…

Sweet gila foto mereka ni! Agaknya suami-suami pembaca OHBULAN! pun seromantis Dato’ Gmix tak? Silap haribulan, bergambar bersama pun mereka dah tak mahu.

Tapi, kali ini mereka bukan melancong secara berdua sahaja, tetapi turut ditemani oleh selebriti yang tak kurang panasnya, Rebecca Nur Islam dan beberapa orang lagi.

Anda nak tahu apa yang lebih menarik? Rata-rata peminat mengatakan bahawa pelakon cantik ini berisi sedikit dan menyangka bahawa Eina sedang hamil.

Kalau masin mulut mereka, maka Eina kenalah bersedia mental dan fizikal untuk bergelar seorang ibu mithali. Huhu. Kami pun tak sabar nak tengok anak berdarah campuran antara Eina dan Dato’ Gmix. Boleh beat anak Che Ta dan Awal Ashaari tak rasanya?

Sumber asal : PORTAL OHBULAN.








0 Response to "7 Foto percutian menarik Eina Azman dan suami di Australia"

Catat Ulasan

dzulCYBER