6 Foto Nur Anis, anak perempuan Rosyam Nur semakin manis bertudung

Tidak hanya pelakon, pengarah, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor akan hadir berkongsi pengalaman serta ilmu perniagaannya menerusi slot Tips Memburu Kejayaan di Fiesta Muslimah BH 2014 pada 23 November ini, malah lebih istimewa lagi apabila anak keduanya, Nur Anis Mohd Noor, 21, turut memberi sokongan untuk acara itu.

Anak aktor terkenal itu akan membuka gerai jualan produk berimej muslimah miliknya yang diusahakan di bawah jenama, Bidadari Contemporary.

Rosyam dan Nur Anis begitu teruja kerana buat julung kalinya mereka akan bersama di bawah penganjuran acara yang sama. Ditemui pada sidang media Fiesta Muslimah BH 2014, di Balai Berita, Bangsar, Khamis lalu, mereka akui bagaikan tidak sabar untuk menyerikan lagi festival berkenaan yang bakal berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur.


Mana tidaknya, perusahaan Bidadari Contemporary baru saja berusia sembilan bulan, justeru adanya pendedahan menerusi festival sebegini, secara tidak langsung membantu mempromosikan produknya yang merangkumi tudung dan aksesori. Gembira apabila anaknya perlahan-lahan berkecimpung dalam dunia perniagaan, Rosyam menyatakan idea berniaga dalam talian itu sudah lama diutarakan olehnya tetapi baru tahun ini direalisasikan.

"Sebenarnya, idea itu timbul lima lalu tahun di mana saya menyuruh anak sulung saya, tetapi disebabkan dia berkahwin, jadi dia tidak dapat memberi komitmen. Mujur Anis berminat, jadi dia ambil peluang ini sebab saya memang menggalakkan anak-anak saya berniaga. Tambah lagi, bila kita bercakap pasal islamik, tak kira dari penganjuran program hinggalah ke fesyen, semuanya disambut positif.

"Fesyen muslimah bukan lagi satu kesukaran tapi sudah jadi satu trend, malah sebab ini juga orang semakin dekat dengan Islam. Adanya fiesta islamik sebegini, dianjurkan oleh sebuah akhbar Melayu yang kuat pengaruhnya, pastinya ia akan menjadi satu agenda besar nanti.

"Selain itu, saya juga akan terbabit, saya akan berkongsi pengalaman saya sebagai seorang peniaga, jatuh dan bangunnya saya dalam bidang ini. Saya harap slot saya nanti tidak hanya akan menarik barisan vendor saja, tapi juga golongan belia. Slot saya akan bermula jam 4 petang dan saya harap ramai orang luar turut hadir nanti,"
ujar Rosyam.

Bukan hanya itu , Fiesta Muslimah BH 2014 turut disertai usahawan dalam talian seluruh negara serta selebriti terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz Hamidun, Norman Hakim, Memey Suhaiza dan Alyah serta pereka fesyen terkenal, Calvin Thoo yang akan memperagakan 28 koleksi baju Muslimah rekaannya. - BERITA HARIAN







4 Responses to "6 Foto Nur Anis, anak perempuan Rosyam Nur semakin manis bertudung"

  1. cantik anak dia.. single lagi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. pale otak ko..
      nnti bapak dier bantai ko bru tau

      Padam
  2. Jiran saya di Jalan kenyalang, Kota Damansara ni. Bangga.

    BalasPadam

dzulCYBER