5 Foto Ashraf Sinclair & isteri sambut upacara Vow Renewal

Akhir bulan lalu kami ada berkongsi dengan anda semua beberapa keping foto terkini Ashraf Sinclair bersama keluarga bahagianya.

Menerusi foto tersebut, ramai yang memuji kecantikan isterinya, Bunga Citra Lestari yang nampaknya semakin cantik mengalahkan anak dara.

Namun, baru-baru ini mereka menerima kecaman yang hebat daripada followers Instagram kerana dipercayai melakukan upacara ‘vow renewal‘ semasa anniversary perkahwinan mereka keenam yang diraikan di Bali.

Berikut merupakan ‘vow renewal’ Ashraf buat isterinya;

"There is no dark corner of your heart I will not explore, no flaw or feature too frightening to know – there’s no depth to which I dare not go, for you, my love, are a universe. And I mean to inhabit all of you” -Beau Taplin #vow #vowrenewal #ashrafandbunga #ashrafsinclair #bungacitralestari #anniversary #bali."

Buat mereka yang tak tahu, ‘vow renewal’ ini kebiasaannya dilakukan oleh pasangan suami isteri di barat yang mahu memperbaharui ikrar perkahwinan mereka.

Dek kerana itu, ramai yang menyelar tindakan pasangan terbabit malah mempersoalkan kewajaran mereka untuk melakukan upacara tersebut sedangkan mereka beragama Islam.

Hurm, kami rasa mungkin mereka mempunyai penjelasan tersendiri berkenaan hal ini kan. Jadi, lebih baik kita mendoakan agar hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Sumber asal : Ohbulan & Hotlips







1 Response to "5 Foto Ashraf Sinclair & isteri sambut upacara Vow Renewal"

dzulCYBER