3 Foto wajah terbaru Emylia Rosnaida, isteri AC Mizal

Pengacara, penyanyi & usahawan terkenal Dato’ AC Mizal menafikan yang dia sentiasa mahukan layanan yang bertaraf VVIP atau kelas A seperti didakwa ramai.

Bertemunya di majlis pelancaran duta produk L'rose Perfect Body di Royale Chulan Hotel kelmarin telah merungkaikan segala kemelut yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu mengenai dirinya yang dikatakan semakin demand sejak akhir-akhir ini.

“Tidaklah saya tak begitu. Kalau saya membuat sesuatu pekerjaan seperti mengendalikan sesebuah rancangan saya akan terlibat dengan kandungan bagi setiap program tersebut dan saya tidak pernah meminta apa-apa keistimewaan”

“Saya pernah susah untuk dapat sebarang pekerjaan mahupun mengacarakan sesebuah program. Jadi apabila saya dapat saya perlu memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar. Media pun tahu perangai saya macam mana,”
katanya yang juga telah dilantik sebagai Duta kepada jenama produk pelangsingan badan L’rose bersama-sama isterinya, Datin Emylia Rosnaida.

Tambahnya lagi, sikapnya yang serius memungkinkan beliau dipandang negatif oleh orang-orang di sekelilingnya. Tegasnya sebagai seorang artis dan juga usahawan setiap perkara perlulah punyai matlamat dan hala tuju supaya tidak timbulnya masalah di kemudian hari.

“Saya seorang ahli perniagaan dan seorang artis jadi saya nak sesuatu benda tu kelihatan 'perfect' kerana kita tahu akan ada masalah sekiranya kita tidak membuatnya secara teliti. Bukan apa jika berlaku perkara-perkara yang tak diingini saya yang akan bertanggungjawab kerana saya orang yang berada di hadapan,” tambah AC Mizal lagi.

Berikut ialah tiga keping gambar terkini Emylia Rosnaida, isteri AC Mizal yang semakin cun melecun dan memikat hati.

p/s : Tulisan artikel milik penuh PORTAL ROTIKAYA dan semua gambar diambil dari PORTAL GUA & LAMAN MFORUM.CARI




0 Response to " 3 Foto wajah terbaru Emylia Rosnaida, isteri AC Mizal"

Catat Ulasan

dzulCYBER