3 Foto pejabat mewah Neelofa didedahkan

Kan kami dah kata, rezeki Neelofa ni melimpah ruah. baru je kami kongsi berita Neelofa nak beli kereta Aston Martin DB9 minggu lalu, kami dikejutkan dengan foto pejabat terbaru gadis ini.

Untuk pengetahuan, Neelofa telah berkongsi foto pejabat barunya melalui akaun Instagram tau. Tak percaya? Korang tengoklah sendiri betapa besarnya tempat ni.

Difahamkan, office ini bakal menjadi tempat di mana terletaknya semua produk keluaran Neelofa seperti Naelofar Abaya & Casual, Naelofar Hijab, LF Lens dan sebagainya.

Alahh, kira macam headquaters lah! Beruntung betul si cantik ni. Muda-muda lagi dah mampu memiliki perniagaan sendiri. Laris pula tu. Bukan saja pejabat, di sinilah juga Neelofa bakal meluaskan lagi perniagaannya, dan korang yang sememangnya gilakan Bokitta, boleh berkunjung ke sini nanti.

Bila kami intai ruangan komen, ramai dah yang tak sabar menanti pembukaan office baru Neelofa ini. Mana tau ada sales ke nanti. Betul tak? - Portal Ohbulan





0 Response to "3 Foto pejabat mewah Neelofa didedahkan"

Catat Ulasan

dzulCYBER