2 Foto kekasih baru Remy Ishak tersebar?

Peminat dunia hiburan baru baru ini terkejut dengan khabar angin yang tersebar mengatakan Nad Zainal dan Remy Ishak kini sedang hangat bercinta. Nyata gossip itu sekadar gossip apabila kedua dua belah pihak tampil menafikan hubungan cinta antara mereka.

Dalam temubual terbaru bersama Malaysian Digest, Remy Ishak tampil menafikan khabar angin tersebut dan turut menegaskan yang hubungan mereka sekadar pelakon di lokasi penggambaran namun mendedahkan dirinya kini sedang rapat dengan seseorang.

Remy Ishak mengakui kini sebenarnya sedang dalam proses mengenali hati budi Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof yang juga rakan kongsinya dalam menganjurkan sebuah acara berkaitan fesyen di Kuala Lumpur baru baru ini.

“Saya tak mahu cakap lebih bimbang tidak jadi nanti, susah juga lagipun kami masih lagi di tahap berkawan. Dia seorang yang matang dan saya selesa berkawan dengannya. Kami kini baru lebih kurang tiga bulan mengenali dan cuba melangkah ke peringkat yang lebih serius,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Remy Ishak yang baru pulang dari penggambaran drama Satu Hari di Bosnia selama sebulan merancang untuk menerbitkan laman web sendiri selepas ini memfokuskan kepada berita gaya hidup dan fesyen - Portal Rotikaya



0 Response to "2 Foto kekasih baru Remy Ishak tersebar?"

Catat Ulasan

dzulCYBER