2 Foto intim Tiz Zaqyah di Instagram ditegur hebat peminat

Tak dapat dinafikan kadang-kala penonton akan terbawa-bawa dengan watak seseorang selebriti dalam lakonan sehingga berharap agar watak itu dapat direalitikan secara peribadi oleh individu tersebut.

Mungkin dek kerana itu, kami perasan sejak akhir-akhir ini penampilan dan cara Tiz Zaqyah sering sahaja disalah erti. Kebanyakan mereka sering membandingkan perwatakan Tiz Zaqyah dengan karakternya dalam filem atau drama yang dilakonkannya.

Terkini, foto Tiz memakai singlet dan berselfie dengan seorang jurumekap yang dianggap sebagai ‘kakak’nya juga menerima kritikan agak pedas daripada netizen.

Walaupun Tiz sudah menyatakan melalui kapsyen bahawa dia dan jurumekap tersebut tidak berpelukan, namun, peminat masih tak berpuas hati dan menegur pelakon jelita ini.


Alah bisa tegal biasa. Mungkin kerana sudah lali dengan teguran, pelakon cantik itu nampaknya tenang dan tidak lagi mahu melayan komen-komen berbentuk provokasi itu.

Sumber asal : PORTAL OHBULAN




0 Response to "2 Foto intim Tiz Zaqyah di Instagram ditegur hebat peminat"

Catat Ulasan

dzulCYBER