Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2014

Foto Safee Sali merokok dikritik orang ramai

Jika sebelum ini, Safee Sali dikritik hebat kerana prestasinya yang menurun ketika perlawanan menentang pasukan Thailand baru-baru ini, kini satu gambar yang memaparkan Safee dilihat merokok pula dijadikan bahan oleh peminat untuk mengkritik Safee.

Di dalam gambar yang tersebar melalui media sosial itu, Safee Sali dilihat bersama-sama beberapa pemain kebangsaan yang lain seperti Kahirul Fahmi, Farizal Marlias dan Shukor Adan.

Di dalam gambar tersebut Safee Sali dilihat sedang menghisap sebatang rokok sambil minum air disebuah restoran.

Perbuatan Safee di dalam gambar itu telah dikritik sehingga ada yang memberikan komen sikap seperti itulah yang menjadi punca kekalahan kepada skuad Kebangasaan pada malam esok dan juga menjadi punca prestasinya menurun.

Selain dari isu prestasi Safee Sali, orang ramai turut memberi komen kecewa apabila pemain bola sepak bertaraf professional dan antarabangsa memakai jaket pasukan Malaysia ketika merokok.

“Ia adalah sama sekali tidak profesional untuk be…

3 Foto terkini Ifa Raziah paling memukau

Terdengar luahan kecewa serta kesedihan dihujung talian tatkala penghibur terkenal, Ifa Raziah dihubungi untuk bertanyakan tentang komen-komen negatif peminat yang diterimanya dilaman Instagram.

"Mula-mula dulu saya rasa kecewa dan sedih, rasa 'down' sangat dengan apa yang dikatakan oleh pengkritik-pengkritik tidak bertauliah ini. Tapi saya kuatkan juga semangat, bagi saya perkara ini tidak meninggalkan kudis pun buat saya. Ia lagi mendatangkan semangat dan petanda bahawa sebenarnya Kak Ifa ini diperhatikan secara langsung dan tidak langsung oleh mereka. Pastinya mereka tidak sabar untuk menunggu persembahan saya setiap minggu," luah penyanyi yang sudah lebih 18 tahun berada di dunia hiburan ini.

"Yang komen tu pun bukannya sempurna sangat, akak kecewa kerana kita telah diajar untuk tidak menegur dengan cara yang sebegitu. Yelah bukan saya sahaja yang terjejas dengan isu ini, saya ada suami dan anak-anak. Saya nampak mereka turut terjejas dengan apa yang diperkata…

2 Foto Fasha Sandha jalan-jalan dalam tempoh berpantang

Murai Batu rasa semua artis berhadapan perkara yang sama apabila apa sahaja gerak gerinya pasti menjadi perhatian dan menerima teguran daripada peminat-peminat yang merasakan ada sahaja yang tidak kena.

Begitulah juga dengan pelakon yang baru sahaja melahirkan puteri yang comel iaitu Fasha Sandha baru-baru ini dan kini masih lagi dalam pantang.

Dek kerana perihatian sangat dengan pelakon ini, ada seorang peminat menegurnya adakah dia sudah habis pantang ketika sekeping foto dimuat naik Fasha dalam Instagram miliknya yang menggambarkan seperti sedang berada di sebuah restoran di luar bersama suami dan rakan-rakan.

Peminat itu pun seperti menegur dengan cara yang agak kasar apabila hanya memanggil Fasha dengan panggilan ‘Perempuan’ sahaja. Ayat penuhnya seperti “perempuan ni dah habis pantang ke”

Ramai peminat lain yang berang dengan teguran dan soalan yang dilontarkan itu membuatkan ramai diantara mereka yang membalas kepada peminat tersebut dengan komen-komen seperti kurang senang.

Bukan …

Koleksi foto Lara Alana, bayi artis paling comel di Malaysia

Ibarat menatang minyak yang penuh, begitulah ungkapan yang wajar diberikan kepada bayi perempuan pasangan selebriti Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Baru sahaja menginjak ke usia 3 bulan, Lara Alana kini sudah memiliki kereta BMW miliknya sendiri.

“Buat masa ini, barang termahal yang dimiliki oleh Lara adalah kereta BMW yang dihadiahkan oleh kenalan. Namun, ia bukanlah kereta BMW sebenar, sebaliknya kereta BMW mainan yang direka khas untuk kanak-kanak.

Kami tidaklah begitu memanjakan anak, sebaliknya Lara dimanjakan oleh orang sekeliling yang memberikannya hadiah. Saya pernah merasai hidup susah ketika kecil dan mahu Lara untuk menjalani hidup yang seimbang yang mana tahu erti kesusahkan serta kesenangan,”
ujar Awal ketika ditemui di majlis aqiqah Lara pada Sabtu.
Cerita Awal lagi, akaun Instagram Lara kini sudah mempunyai pengikut mencecah puluhan ribu orang. Jelas pengacara Melodi ini, dia membuka akaun tersebut bagi pihak anaknya adalah untuk berkongsi setiap saat istimewa dalam hidup …

Fizo Omar & Mawar dikecam lagi kongsi gambar tak berbaju

Pelakon dan pengacara popular dikritik peminat gara-gara satu gambar selfie diri dan isteri yang di muatnaik di laman sosial peribadinya.

Gambar itu menunjukkan Fizo tidak berbaju manakala isterinya mawar mengambil gambar ketika Fizo sedang melakukan senaman untuk ujian kesihatan beliau dengan kapsyen.

Fizo Omar ~
Medical check up.. Dah lame xbuat benda alah ni..
Biasa la bila usia dah nak masuk 3 series ni kene la check kot2 ade part2 yg xbrape nak ok.
Soal makanan pun satu hal.bila makan xigt dunia..bila ade penyakit bru nak tepuk dahi..
Alhmdllh result hri ni ok.sihat walafiat.
Cuma stamina dah agak menurun dah..
So u all tu jgn asyik sibuk berkerja je.kesihatan kene jaga n skali skala kene dtg check n 'service' 'enjin' tu...

Biasalah peminat apa yang di muatnaik oleh seorang selebriti itu ada sahaja yang mereka tidak puas hati macam-macam pendapat dan cacian timbul, yerlah mereka konon-kononnya menasihat selebriti tersebut.
Tetapi sifat mereka lebih kepada mengkritik atau…

Sebab sebenar Tiz Zaqyah tinggalkan dunia glamor?

Sebab sebenar Tiz Zaqyah tinggalkan dunia glamor? - Pelakon wanita Tiz Zaqyah akan cuba untuk kurangkan berlakon untuk menumpukan perhatian kepada syarikatnya KL Calling.

KL Calling merupakan syarikat urus acara, untuk menganjurkan pelabgai aktiviti-aktiviti dan majlis korporat.

“Saya sebenarnya merindui untuk menjalani kehidupan biasa seperti dahulu yang tidak dikenali ramai dan pergerakan saya juga tidak terbatas.”

“Untuk menghidari seketika dunia glamor, menganjurkan aktiviti belia antara cara saya untuk menjadi orang biasa. Lebih-lebih lagi majlis yang melibatkan badan-badan kebajikan, saya sangat seronok membantu mereka,”
katanya kepada portal Murai.com.my.


Ketika ditanya adakah dia tergugat dengan bakat-bakat baru sehingga dia ingin menjauhkan diri daripada dunia glamor?

Tiz memberi penjelasan, dia tidak tergugat dengan pelakon baru malah dia mengalu-alukan kedatangan mereka untuk memeriahkan lagi industri lakonan tanah air.

“Tak rasa pun tergugat, saya masih lagi seronok untuk b…

Cara Malaikat Maut memberitahu bila tiba ajal kita

Sebahagian Para Nabi berkata kepada Malaikat pencabut Nyawa: "Tidakkah Kau memberikan Aba- aba atau peringatan kepada Manusia bahawa kau datang sebagai malaikat pencabut nyawa sehingga mereka akan lebih hati-hati?"

Malaikat itu menjawab: "Demi Allah, aku sudah memberikan aba -aba dan tanda- tandamu yang sangat banyak berupa penyakit, uban, kurang pendengaran, penglihatan mulai tidak jelas (terutama ketika sudah tua). Semua itu adalah peringatan bahawa sebentar lagi aku akan menjemputnya. Apabila setelah datang aba-aba tadi ia tidak segera bertaubat dan tidak mempersiapkan bekal yang cukup, maka aku akan serukan kepadanya ketika aku cabut nyawanya: "Bukan kah aku telah memberimu banyak aba -aba dan peringatan bahawa aku sebentar lagi akan datang? Ketahuilah, aku adalah peringatan terakhir, setelah ini tidak akan datang peringatan lainnya." (HR imam qurthubi)

Beginilah cara kerja Malaikat Maut

Nabi Ibrahim pernah bertanya kepada Malaikat maut yang mempunya dua mata…

Fotot-foto Sharifah Shahira patah kaki dimasukkan ke hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur

Penyampai dan pengacara radio, Sharifah Shahira telah dimasukkan ke hospital KPJ Tawakal, Kuala Lumpur selepas kaki kanannya patah akibat terjatuh daripada basikal.

Khabarnya, selebriti jelita ini dimasukkan ke hospital sejak dua hari yang lalu dan dijangka akan keluar daripada hospital esok.

Kami di Media Hiburan Online mendoakan semoga Shira akan cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa.





Foto Almy Nadia atas katil yang mengejutkan peminat

Wah, terkejut juga kami bila melihat gambar dan membaca komen-komen di Instagram Almy Nadia beberapa hari lepas yang mana kebanyakan peminat Almy tertanya-tanya sama ada isteri kepada Fizz Fairuz ini hamil anak kembar.
Kalau tak silap kami, Almy dan Fizz dah pernah mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkan sekitar bulan lepas. Tapi adakah sebenarnya kembar perempuan?
Bukan apa, peminat menyangka begitu kerana terpandang foto terbaru Almy yang semakin sarat macam dah hampir menunggu hari untuk bersalin.

Memang tak dapat dinafikan Almy kelihatan lebih berisi dari sebelum ini, tapi semua tu langsung tak menghalang Almy dari kelihatan berseri-seri dan cantik. Inilah nama dia aura ibu mengandung, kan?

Makanya, Almy tak perlu risau lagi atau terasa kalau-kalau ada orang yang mengata dia berbadan besar. Normallah bentuk badan kita mengembang bila berbadan dua.

Apapun, kami doakan semoga Almy dapat melahirkan bayi sulungnya dengan selamat kelak. Mesti anak angkat Almy, Nur Afrina Darwisya t…

Fizo Omar perjelas isu perubahan syarat pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo

Pelakon Fizo Omar menjelaskan penambahan beberapa syarat bagi mencari pemenang pertandingan Berposing Ala Mawar Fizo yang berlangsung sejak dua bulan lalu sebagai langkah berlaku adil kepada semua peserta.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 29, berkata, perkara tersebut dilakukan selepas mengenal pasti terdapat peserta yang menggunakan taktik kotor bagi memenangi pertandingan tersebut dengan jalan mudah.

"Pada asalnya kami memang buat peraduan ini secara santai sahaja dan tidak menjangkakan akan menerima beribu-ribu penyertaan sehingga membuatkan kami terpaksa menambah syarat tertentu supaya pemenang yang dipilih adalah benar-benar layak.

"Kami dapat tahu ada yang menggunakan cara kotor dan tidak sihat apabila mereka menetapkan akaun facebook mereka secara auto like membuatkan gambar tersebut mendapat like secara automatik. Ia tidak adil kepada peserta lain yang menyertainya,"
ujar Fizo ketika dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.


Fizo berkata demikian keti…

Cerita sebenar lelaki sanggup berhenti kerja jaga isteri lumpuh

"DIA amanah saya. Saya dahan dia, tempat dia bergantung," kata Abil Fikri Ahmad, 43 yang sanggup berhenti kerja demi menjaga isterinya yang terlantar sejak tahun lalu.

Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011.

Mungkin tidak semua lelaki yang bergelar suami di dunia ini sanggup melakukan pengorbanan yang dibuat oleh Abil.

Ketika dihubungi di Seremban hari ini, katanya, "saya pegang amanah."

"Apa yang saya lafaz sewaktu ijab kabul dulu, saya cuba tunaikan sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Dia juga menolak untuk menerima pujian yang diberi kepadanya atas alasan apa yang dilakukannya kerana berpegang kepada undang-undang perkahwinan.

Pasangan itu bernikah pada 13 Mac 2009 dan menerima ujian yang mengubah kehidupan mereka kira-kira dua tahun selepas bergelar suami isteri.

Cerita Abil, pada 22 Jun tahun lalu, kira-kira jam 4.30 pagi, Fauziah mengalami asma sehingga me…

Tahniah isteri Johan Raja Lawak selamat bersalin

Dikhabarkan, Ozlyn, isteri kepada Johan Raja Lawak, telah selamat bersalin hari ini. Ozlyn dikatakan telah selamat melahirkan bayi perempuan dengan berat 4 kilogram!

Berita gembira itu didedahkan oleh seorang jururawat, @east_rynna melalui akaun Instagram pasangan tersebut.
Followers² pasangan itu berebut-rebut mendesak agar jururawat itu mengambil gambar dan kongsikan dengan mereka. Sehingga ada yang begitu terdesak meminta jururawat terbabit menghantar gambar bayi pasangan terbabit secara Direct Message (DM).
Bagaimanapun, akaun jururawat berkenaan telah dipadamkan. Mungkin beliau bimbang jika Johan & Ozlyn mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana mengambil gambar bayi mereka tanpa kebenaran.
Apa-apa pun, tahniah buat pasangan Johan & Ozlyn. Semoga kehadiran orang baru ini meriuhkan lagi keluarga anda.
Sumber asal artikel : Blog Mymediahubonline & Portal Ohbulan Sumber asal gambar : Blog Myartis








Gaya hijab Ziana Zain paling cun melecun

Siapa yang boleh menidakkan kejelitaan penyanyi senior yang masih gah namanya sehingga kini, Ziana Zain.
Malah sejak dia mengambil keputusan untuk berhijab, pelbagai ragam dan juga gaya yang cuba diketengahkan penyanyi Puncak Kasih itu kala bertemu peminat mahupun beraksi di hadapan lensa kamera.

Baru-baru ini ketika memenuhi sesi fotografi untuk sebuah majalah fesyen dan gaya hidup golongan wanita, Ziana Zain kelihatan begitu mempersona dengan pelbagai citarasa gaya dalam persalinan rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini.

Tidak seperti kebiasaannya, kali ini Ziana Zain telah menggunakan khidmat solekan daripada jurusolek selebriti terkenal Epie Temerloh yang sekali gus telah memberi penampilan cukup berbeza.

Namun apa yang menjadi perhatian, Ziana Zain telah menggayakan beberapa cara susun letak tudung yang berbeza sesuai dengan pemilihan persalinannya.

Ziana Zain juga kelihatan cukup anggun dengan gaya liuk lentuk manja dalam persalinan gaun malam hitam dan tudungnya yang dis…

Foto terbaru Nora Danish hanya pakai tali bra dikritik

Pergh... seksinya Nora Danish... nak pergi mana tu? 
"Apa yang Kau mahu, Semua Ku beri Apa yang kau mahu, mahu apa lagi Bagaimana aku pula, Aku rimas Jadi Ku Ingin jalan sana Tolong tepi sikit...... �� #feelinsleeq ##tepisikit #sleeqtepisikit tulisnya di Instagram."
Kalau korang nak tahu, Nora danish kini sedang sibuk dengan pengembaraan sebuah filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Sumber asal : Blog Infocapayam


Fizo Omar dan Mawar dikritik ubah syarat pertandingan Tiru Gaya Mawar Fizo

Fizo Omar dan Mawar sememangnya satu pasangan suami isteri yang amat romantik dan menjadi idola ramai. Jadi apabila jenama tudung Fareeda mengadakan pertandingan ‘Tiru Gaya Mawar Fizo’, memang ramai yang berpusu-pusu menyertainya.

Iyerlah, hadiah yang ditawarkan pun amat menarik. Paling koman boleh dapat tudung Fareeda yang sememangnya menjadi idaman setiap wanita.

Namun seperti biasa apabila pertandingan diadakan, pasti ada yang tidak berpuas hati. Hari ini pemilik blog beautifulnara menerima beberapa mesej peribadi yang melahirkan rasa kurang senang mereka dengan pihak Fareeda yang telah mengubah syarat-syarat peraduan sesuka hati pada saat akhir.
Perubahan syarat ini telah membuatkan beberapa peserta meluahkan perasaan di laman sosial Fareeda. Sayangnya cara jawapan pihak admin Fareeda telah menimbulkan lagi kemarahan.

Hmmmm... selalunya memang pihak penganjur berhak menukar sebarang syarat peraduan pada bila-bila masa sahaja. Namun haruslah juga difikirkan susah senang para pesert…