Lagi gambar kontroversi Zul Ariffin peluk erat perempuan di kelab malam

Pelakon drama bersiri Rindu Awak 200%, Zul Ariffin mengejutkan ramai peminat selepas sekeping gambarnya memeluk erat seorang gadis seksi di sebuah kelab malam tersebar.

Ekoran penyebaran gambar tersebut di sebuah laman forum terkenal, ramai perempuan makan hati dan tidak senang duduk dibuatnya.

Menurut forum berkenaan, gambar terbabit diambil ketika Zul berada di Langkawi bagi menjalani penggambaran sebuah drama.

Apa yang lebih mengejutkan, susuk tubuh perempuan yang dipeluknya tidak nampak seperti buah hatinya, Gayatri Su-Lin Pillai. Jadi siapakah gerangan wanita tersebut? - Malayselebriti


0 Response to "Lagi gambar kontroversi Zul Ariffin peluk erat perempuan di kelab malam"

Catat Ulasan

dzulCYBER