Tiga kesan ciuman pada wajah anak Nora Danish undang kejutan

Tiga kesan ciuman pada wajah anak Nora Danish undang kejutan - Sebelum tidur, memang tak sah kalau tak intai laman Instagram. Maklumlah, melalui Instagram lah kami dapat mengetahui pelbagai update mengenai teman-teman tau.

Ketika sedang asyik scroll timeline, kami terpandang foto Rayqal anak kesayangan Nora Danish penuh dengan kesan ciuman.

Bila dah ada foto kiss-kiss ini, kami pun apa lagi, terus tengok ruangan komen. Kadang-kadang, inilah yang menjadi hiburan sebelum tidur.

Apabila kami baca komen-komen pengikut Instagram Nora, rasa macam nak tergelak pun ada, pelik pun ada. Haihh, macam manalah Nora boleh bertahan dengan follower yang bermacam ragam ni.


Kalau korang nak tahu, dek wajah ciuman itu, maka ramailah peminat-peminat Nora yang meninggalkan komen nakal.

Paling epik sekali, siap ada yang cemburu dan minta cium dari Nora. Malah, ada juga yang feeling-feeling kononnya beruntung kalau jadi anak Nora Danish. Amboiii korang lebih-lebih tau!



0 Response to "Tiga kesan ciuman pada wajah anak Nora Danish undang kejutan"

Catat Ulasan

dzulCYBER