Aksi romantik Anzalna Nasir dan Aaron Aziz di Cafe Setia Alam

Dalam diam rupanya pelakon kacak dan terkenal kelahiran Singapura, Aaron Aziz telah membuka kafenya sendiri di Sunsuria Setia Alam yang diberi nama Kidz And Creme.

Kafe tersebut beralamat di No 5, Jalan Setia Dagang, U13/AK Sunsuria, 7yh Avenur, Setia Alam dan menghidangkan pelbagai menu istimewa seperti makanan berat, kek istimewa, kopi serta mempunyai ruang buat kanak-kanak yang ingin belajar membuat kek bersama pembuat kek terlatih.

Kehadiran pelakon jelita, Anzalna Nasir ke kafe berkenaan dengan ditemani Aaron Aziz menarik perhatian orang ramai. Tentu jejaka-jejaka yang berada di situ turut sama terpukau dengan kecantikan beliau tiada tandingannya.



0 Response to "Aksi romantik Anzalna Nasir dan Aaron Aziz di Cafe Setia Alam"

Catat Ulasan

dzulCYBER