Adegan panas Nora Danish dan Farid Kamil atas katil, netizen risau Diana meroyan

Nampak macm isu berbangkit. Tapi versi lain sikit. Hehe. Sebenarnya, kalau korang pengikut setia Instagram Farid Kamil, mesti korang tau mengenai filem lakonnya yang bakal ditayangkan tak lama lagi kan?

Nampaknya sekali lagi Farid digandingkan dengan hot mama paling meletops! Siapa lagi kalau bukan Nora Danish.

Sekiranya sebelum ini isteri kepada Farid Kamil, Diana Danielle pernah menegur perbuatan Nora yang memuat naik sekeping foto berpegangan tangan dengan Farid Kamil bagi mempromosikan filem Pengantin Malam.

Tetapi, jeng jeng jeng, semalam, Farid telah memuat naik sekeping foto adegan dalam filem terbaru lakonannya dengan Nora berjudul Anak Jantan. Sekali pandang, macam-macam yang terlintas difikiran kami.


Jika kami pun tertanya-tanya mengenai adegan itu, apa pula kata netizen kan? Haa, nak tau apa yang peminat kata bila lihat foto tersebut?

Pertama sekali, mereka mempersoalkan adakah Diana akan melenting apabila melihat adegan atas katil yang dimuat naik sendiri oleh suaminya.



Mana taknya, cuba korang tengok sendiri foto kat atas tu, mengundang betul kan. Tapi, tak ada bukti yang mengatakan ianya adegan ranjang. Kenalah tengok dulu filem ini baru tau.

Kami yakin Diana sendiri dah belajar dari perkara lepas dan sudahpun dapat menerima ianya hanya lakonan semata-mata. Kredit kepada portal ohbulan.

0 Response to "Adegan panas Nora Danish dan Farid Kamil atas katil, netizen risau Diana meroyan"

Catat Ulasan

dzulCYBER