8 Gambar Farhan AF4 dan suami menangis di Majlis Pernikahan

Sebaik saja sah bergelar suami isteri, pengantin baru, Farhan AF4 atau nama sebenarnya Nur Farhan Azizan, 30, dan suami Ahmad Rashadan, 30, dilihat menitiskan airmata sebagai tanda bersyukur akhirnya disatukan dalam ikatan perkahwinan.

Jelas Rashadan, dia tidak menyangka hubungan yang terbina selama lapan tahun sampai ke jinjang pelamin.

“Kalau nak diceritakan kenapa kami menitiskan airmata, terlalu rumit kerana terlalu banyak yang kami lalui selama lapan tahun bercinta,” kata Rashadan usai majlis akad nikah yang berlangsung Jumaat lepas.

Menurut pasangan itu lagi, mereka sempat berpisah apabila Rashadan melanjutkan pelajaran ke United Kingdom selama tiga tahun dan Farhan masih tetap menunggunya.

“Nampaknya jodoh kami kuat. Walaupun kami terpaksa berpisah sementara, Farhan tetap menunggu saya,” katanya berkongsi antara cabaran paling besar dalam hubungan mereka apabila mendapat tekanan daripada keluarga untuk segera berumahtangga.

“Waktu itu kami belum bersedia untuk berkahwin kerana Farhan sibuk membina kerjaya dan saya pula masih belajar. Tambahan pula, Farhan anak sulung jadi tekanan itu semakin kuat,”
kata Rashadan.


Sementara itu, Rashadan menjelaskan dia tidak menghalang Farhan untuk meneruskan kerjaya nyanyiannya asalkan isterinya itu pandai jaga diri dan menjaga batas sebagai seorang isteri.

“Menyanyi adalah minatnya dan saya tak mahu larang dia lakukan apa yang dia minat. Asalkan dia tahu jaga diri, saya tak ada masalah,” katanya.

Bagi Farhan pula, sikap Rashadan yang begitu memahami kerjaya dan diri Farhan merupakan salah satu faktor penyanyi itu setia menunggu suaminya selama lapan tahun.

“Dalam sesuatu hubungan, saya berpendapat persefahaman yang perlu diutamakan dan kemudian baru datang cinta dan kasih sayang. Saya pula perlukan seseorang yang dapat memahami kerjaya saya dan Alhamdulillah Rashadan sangat memahami,” kata Farhan berkongsi dia dan suami berharap segera dikurniakan cahayamata.

“Usia kami dah tak muda jadi kami tak merancang sebaliknya akan berusaha untuk mendapatkan anak secepat mungkin,” kata Farhan - PORTAL GUA.








0 Response to "8 Gambar Farhan AF4 dan suami menangis di Majlis Pernikahan"

Catat Ulasan

dzulCYBER