6 Foto dan punca Jejantas Lebuhraya Pasir Gudang runtuh

Struktur bumbung jejantas yang merentangi Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena runtuh lalu menghempap dua kereta, sebuah lori dan motosikal namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat jam 4:30 petang tadi. 

Insiden itu menyebabkan seorang pemandu lori tersepit di tempat duduknya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan.

Punca sebenar runtuhnya jejantas sepanjang kira-kira 30 meter difahamkan akibat ribut kuat pada petang tadi.

Pengguna yang biasa menggunakan jalan terbabit diminta menggunakan jalan alternatif terlebih dalulu sementara tindakan selanjutnya dibuat oleh pihak berkuasa.








0 Response to "6 Foto dan punca Jejantas Lebuhraya Pasir Gudang runtuh"

Catat Ulasan

dzulCYBER