15 Gambar bersanding Erin Malek dan Farriz Fauzy di rumah lelaki

Hujung minggu lalu berlangsung resepsi perkahwinan di sebelah pihak lelaki yang telah mengambil tempat di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Nampak cantik pasangan Erin Malekdan Farriz Fauzy buat sekelian kalinya diraikan keluarga dan sahabat terdekat.

Kami sertakan beberapa keping gambar sekitar resepsi kedua pasangan ini untuk tatapan anda.

Namun masih ada sebenarnya persoalan dari para peminat dan media sendiri yang belum terjawab oleh pasangan ini lebih lebih lagi khabar angin mengatakan mereka mengadakan parti kecil selepas resepsi pertama di sebuah kelab hiburan.

Sinar Harian melaporkan yang Erin Malek lebih selesa ambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu. Usaha media untuk dapatkan penjelasan menerusi talian telefon dan aplikasi sosial, WhatsApp bagaimanapun tidak mendapat reaksi daripada pelakon itu.

Namun, menerusi satu laporan portal hiburan suaminya Farriz Fauzy meminta semua pihak supaya tidak mengungkit perkara yang sudah pun belalu.

“Yang lepas biarlah lepas,” ujarnya - PORTAL ROTIKAYA.

















0 Response to "15 Gambar bersanding Erin Malek dan Farriz Fauzy di rumah lelaki"

Catat Ulasan

dzulCYBER