4 Gambar kahwin Fiffy Natasya dan Muslim Azman

Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya, 21, sah bergelar isteri kepada juruterbang sebuah syarikat penerbangan, Muslim Azman, 27, di kediaman keluarganya di Putra Height, di sini jam 11 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan berwali bapa pengantin perempuan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Sujak.

Fiffy yang dihubungi memberitahu majlis sebentar tadi berjalan lancar seadanya.

"Saya gembira dan tenang melalui saat baru ini. Tak ada gementar sangat pun. Perasaan biasa-biasa saja."


Malam ini akan berlangsung persandingan kedua mempelai di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya. Pasangan ini bertunang pada 21 Disember tahun lalu.

"Majlis bertandang sebelah suami belum ditetapkan lagi tarikhnya. Berkemungkinan hujung tahun ini dan ia akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan."

Fiffy dan suaminya juga tidak menolak untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

"Bab anak itu kalau ada rezeki cepat, kami terima. Insya-Allah."





0 Response to "4 Gambar kahwin Fiffy Natasya dan Muslim Azman"

Catat Ulasan

dzulCYBER