Foto intim Sharnaaz Ahmad peluk erat pinggang Anis Al-Idrus

Berita kurang baik buat para gadis di luar sana yang menaruh hati pada Sharnaaz Ahmad. Hati pelakon kacak ini nampaknya sudah tertambat kepada seseorang. Gadis bertuah itu ialah Sharifah Anis Al-Idrus atau lebih dikenali dengan nama Anis Al-Idrus. Selain daripada berlakon, Anis juga dikenali di kalangan hijabsters kerana gaya tudungnya yang menarik.

Desas-desus percintaan mereka telah mula bertiup pada Ramadhan lalu apabila Sharnaaz dan Anis kedua-duanya berniaga di Medan Mara Jalan Tunku Abdul Rahman. Ketika itu Sharnaaz enggan mengulas mengenai status mereka, namun kali ini, Sharnaaz mengakui yang dirinya dan Anis semakin rapat. Kata Sharnaaz:-

"Sekarang ini saya tidak mahu berkongsi hal peribadi secara berlebih-lebihan. Saya enggan mengaku atau menafikan tentang perhubungan ini. Apa yang boleh saya kata, kami sudah berkawan sejak dua tahun lalu. Cuma sekarang ini hubungan itu lebih akrab."

"Bayangkan, saya belum kenalkan dia kepada keluarga saya, tetapi dia sudah kenal dengan mereka apabila ‘berkomplot’ membuat kejutan pada hari lahir saya pada 30 Ogos lalu. Dan keluarga saya juga sangat menyenanginya. Senang cakap dia mudah didekati dan menghormati orang di sekelilinganya."




0 Response to "Foto intim Sharnaaz Ahmad peluk erat pinggang Anis Al-Idrus"

Catat Ulasan

dzulCYBER