Elyana buka tudung dan kembali ke imej lama?

Elyana buka tudung dan kembali ke imej lama? - Rasanya dah lama kita tak dengar mengenai penyanyi comel yang popular dengan lagu ‘Niat’ ni kan. Siapa lagi kalau bukan Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal.

Maklumlah, sejak berkeluarga ni, wajah jelita penyanyi dan pelakon terkenal ni kian sepi dalam industri hiburan tempatan. Sibuk kot jaga anak perempuannya yang comel tu.

Tapi, tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kami dengar gosip Elyana yang dikatakan dah berhijab kini free hair semula. Biar betul?

Melalui kiriman emel yang diterima oleh portal ohbulan, ia menunjukkan foto yang telah dimuatnaik oleh Elyana yang menjelaskan sebenarnya Elyana bukanlah sudah berhijab seperti yang disangka.

Iyalah, kalau kita lihat, sejak kebelakangan ini, Elyana kerap mengenakan tudung. Lalu timbullah andaian yang Elyana sudah berhijrah.


Tetapi, bila nampak foto-foto yang dimuatnaik oleh Elyana, mulalah ada yang mempertikaikan tindakan ibu muda ini. Ingat, perkara ni bukan admin yang pandai-pandai tulis tau, Elyana yang mengaku sendiri.

Setahu admin, Elyana tak pernah buat pengumuman rasmi mengenai perubahannya. Mungkin peminat yang terlalu gembira mendoakan perubahan Elyana. Tak gitu?







1 Response to "Elyana buka tudung dan kembali ke imej lama?"

dzulCYBER