5 Gambar dan punca sebenar pelajar perempuan UiTM maut dirempuh pensyarah

Gambar dan punca sebenar pelajar perempuan UiTM dirempuh pensyarah - Seorang mahasiswi UiTM Shah Alam maut setelah dirempuh oleh kereta Volkswagen Passat dipandu pensyarah wanita dalam perjalann pulang dari kelas semalam.

Dalam kejadian pukul 5.20 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Fatin Farah Farradia Yusof, 20, dikatakan jatuh dari kawasan berbukit sehingga ke perhentian bas berdekatan.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya sedang bergambar sebelum dirempuh kereta dipandu seorang pensyarah wanita berusia 58 tahun itu.

Pelajar tahun dua diploma Sains Sukan dan Rekreasi itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang namun disahkan meninggal dunia pada 7.30 akibat mengalami pendarahan 

dalaman.Selain jalanraya di kawasan itu dikatakan berbahaya, terdapat sumber lain mendakwa pensyarah itu mengalami masalah kesihatan. Walaubagaimanapun, kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Kredit kepada blog tengoktvonline.







0 Response to "5 Gambar dan punca sebenar pelajar perempuan UiTM maut dirempuh pensyarah"

Catat Ulasan

dzulCYBER