2 Foto fesyen terkini Yuna yang semakin pelik

Foto fesyen terkini Yuna yang semakin pelik - Apabila disebut mengenai fesyen tudung terkini, rata-rata remaja terutamanya mesti teringatkan penyanyi Yuna.

Kerana beliau merupakan seorang penyanyi yang selalu keluar di pentas nyanyian dengan imej fesyen tudungnya yang pelbagai. 

Fenomena fesyen tudung Yuna menjadi satu trend dan ikutan remaja masakini selain daripada fesyen tudung Wardina Safiyah dan Dato Siti Nurhaliza.

Bagi anda yang beragama Islam, dalam pemilihan tudung, menjadi satu kewajipan untuk memilih fesyen tudung yang mengikut landasan syariat Islam. 

Admin selaku seorang Muslim berasa bertanggungjawab dan tergerak hati untuk mengajak pembaca tidak kira lelaki atau perempuan agar sama-sama memilih fesyen masakini yang mengikut syariat. Eh, kenapa lelaki pula, lelaki tidak memakai tudung. 


Ya benar, namun lelaki juga sekiranya dia sayang ibu, isteri, atau kekasih kadang-kadang boleh menghadiahkan tudung sebagai lambang kasih sayang mereka, betul tak? Jadi pemilihan tudung yang tepat dengan kehendak Islam adalah penting untuk mereka ketahui.

Saya pasti pembaca juga tahu apakah fesyen tudung yang mengikut kehendak Islam, iaitu bukan sekadar menutup aurat rambut, tetapi aurat wanita! Rambut, leher, dada dan telinga termasuk dalam aurat wanita Islam. 

Ya, kadang-kadang ada pembaca yang tidak tahu mengenai hal ini, sekarang pembaca sudah mengetahuinya maka menjadi satu kewajipan untuk pembaca membuat pilihan fesyen tudung yang betul.

Admin hanya sekadar dapat memberitahu hakikat sebenar sahaja. (Qulil haq, walau kaana murran) Katakanlah yang benar walaupun ianya pahit.


Jadi adakah fesyen tudung terkini lagi terbaru Yuna ini mengikut syariat Islam yang sebenarnya? Pembaca sendiri boleh melihat sendiri dan dengan bijaksana dapat menilainya dengan timbangan akal fikiran pemberian Allah.

Akhir bicara, dalam pemilihan fesyen tudung janganlah kerana trend semata-mata dan ikutan melulu. Sekiranya Admin ada terkasar bicara di dalam penulisan kali ini semoga dapat pembaca maafkan.

Tulisan dipetik dari blog pelikbinajaib.

1 Response to "2 Foto fesyen terkini Yuna yang semakin pelik"

  1. suka fesyen yuna mase mula2 jd penyanyi...tk suke yg skarang..huhuhu

    BalasPadam

dzulCYBER