Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya, luahan marah abang bapa mangsa

Lagi bayi meninggal di Taska Permata Bonda Putrajaya - Satu lagi kematian melibatkan bayi berusia kira-kira tiga bulan dilaporkan berlaku di sebuah taska yang terletak di Putrajaya.

Mangsa yang dikenali Imna Khalisa meninggal dunia di Taska Permata Bonda Presint 11 dan didakwa hanya diketahui ibubapa mangsa selepas bapa mangsa pergi ke taska berkenaan. Punca kematian masih disiasat kerana pihak keluarga sedang menunggu keputusan autopsi.
Berikut ialah luahan sedih dan marah abang kepada bapa mangsa menerusi akaun facebook peribadinya. Tulisan artikel milik penuh blog mymediahubonline.

"Salam...
Semalam anak buah saya berusia 3+ bulan telah meninggalkan kami. Kami masih menunggu keputusan autopsi yg sedang dilakukan.

Cerita awl yang saya dapat adalah semasa adik saya ingin mengambil arwah anknya (imna khalisa) di Taska Permata Bonda Presint 11, imna dah keras dan kaku...bile ditanya sekor2 penjaga seperti tatau ape yg berlaku. Dah keras dah chor...imagine brape lame dah imna meningga…

Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati

Wajah sebenar Nur Fathia tanpa mekap cukup memikat hati - Nur Fahtia kini semakin popular sejak membintangi drama Ariana Rose. Kecantikan dan bakat lakonan Nur Fathia kian terserlah setelah berjaya memikat hati ribuan penonton menerusi drama yang diadaptasi dari novel terlaris berjudul The Wedding Breaker.

Nur Fathia yang memenangi watak utama wanita dalam Ariana Rose turut digandingkan dengan Keith Foo sebagai pelakon utama lelaki yang berbakat besar dalam dunia lakonan.
Berikut ialah profil dan biodata penuh Nur Fathia Pelakon Drama Ariana Rose TV3, juga sekeping gambar beliau tanpa memakai sebarang mekap namun tampil cukup memikat hati.

Nama sebenar: Nur Fathia Abd Latiff
Nama Popular: Nur Fathia
Tarikh lahir: 1 September 1987
Umur: 27 tahun (2014)
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Keluarga: Anak sulung daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon dan Model
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Profil Instagram:h…

Punca sebenar A. Aida saman bekas suami, DSP Suffian Sulaiman

Penerbit dan pelakon A.Aida kesal dengan tindakan bekas suaminya, Deputi Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman yang gagal menunaikan janji untuk membayar nafkah terhadap anak mereka, Muhammad Rahul yang kini berusia enam tahun.

A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 43, memberitahu Suffian tidak pernah memberikan sebarang nafkah seperti mana yang diperintahkan mahkamah iaitu berjumlah RM300 sebulan sejak disahkan bercerai pada 2 Mei tahun lalu.

Saya sebenarnya tidak kisah pun dia enggan membayar nafkah tersebut tetapi wang berkenaan adalah hak anak saya tambahan pula dia berkemampuan untuk berbuat demikian.

Sejak bercerai dia langsung tidak memberikan walaupun satu sen untuk nafkah anak dan perbuatannya itu tidak patut," katanya kepada mStar Online.

A.Aida ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini pada Selasa.

Terdahulu, A.Aida menerusi peguam syarie, Zulkifli Che Yong memfailkan saman Penghutang Penghakiman mengikut Seksyen 176 Tatacara Mal Mahkamah…

Felixia Yeap dikecam lagi muatnaik gambar bersolat di Instagram

Kadang-kadang kami pun tak faham dengan cara pemikiran sesetengah orang yang tak habis-habis terus membuat penilaian terhadap saudara baru kita, Raisyyah Rania Felixia.

Setiap foto yang dimuatnaik oleh gadis itu seringkali menjadi medan kritikan bagi mereka yang sengaja mencari kesalahan dalam setiap gerak-geri Felixia, termasuklah soal penampilan dan ibadahnya.

Terkini, foto Felixia yang mahu menunaikan solat pula menjadi bahan perdebatan pengikut Instagramnya. Kata mereka, Felixia solat di hujung waktu? Haih.. Perlu ke?
Mungkin caption yang ditulis oleh Felixia itu sedikit sebanyak mendorong para netizen untuk membuat anggapan sedemikian rupa.

Kita tak tau sama ada Felixia memilih untuk solat sebaik sahaja masuk waktu atau di hujung. Jadi, tak adil rasanya kalau kita menuduh selebriti ini sengaja melewat-lewatkan solat. Tapi tak salah jika teguran dibuat dengan cara yang berhemah.

Bagaimanapun, ada juga individu yang memberi kenyataan balas terhadap mereka dan mengatakan bahawa Feli…

13 Gambar terkini Zul Ariffin & Ayda Jebat semakin mesra dan intim

Nampaknya demam drama Rindu Awak 200% masih belum tamat lagi. Baru-baru ini Zul Ariffin dan Ayda Jebat dilihat telah hadir bersama-sama ke sebuah majlis yang berkaitan dengan kereta kebangsaan, Proton.

Kehadiran mereka berdua telah menjadi tumpuan ramai lebih-lebih apabila melihat kemesraan yang dipamerkan. Berpegangan tangan, berpeluk pinggang dan bertepuk tampar, Zul dan Ayda tampak seperti pasangan kekasih.
Adakah mereka berdua masih menghayati watak masing-masing dalam drama Rindu Awak 200% atau sememangnya Zul dan Ayda mempunyai perasaan sayang sesama sendiri? Yang pasti, mereka berdua memang ‘matching’ yang amat. 

Gambar-gambar yang diambil oleh peminat mereka ini jelas menunjukkan kemesraan. Para peminat sendiri tampaknya merestui sekira mereka mempunyai hubungan lebih daripada sekadar kawan. Kebanyakan peminat melahirkan rasa teruja.
Apa kata anda? Sesuaikah sekiranya Zul dan Ayda benar-benar bercinta? Bak pinang dibelah dua kan? Lagi beberapa gambar bintang drama Rindu Awak 2…

Gambar Datuk K baring berbantalkan peha gebu Datuk Siti Nurhaliza

Nampaknya jalinan cinta antara penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato’ K memang tetap utuh seperti di awal perkahwinan mereka.

Baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan mereka ke-8 pada Ogos yang lalu, sekeping foto Dato’ K bermanja dengan Dato’ Siti jadi tumpuan peminat. Sila jangan jealous ya dengan keintiman pasangan favourite ramai ni.
Mana taknya, Dato’ K siap baring berbantalkan peha Dato’ Siti lagi tau! Sweet!Amboi! Bila tengok foto mereka berdua ni rasa macam lebih teruja pula nak kahwin cepat-cepat. Seronok bila ada tempat nak bermanja macam ni kan.

Bagaimanapun, ada juga yang tak berapa berkenan dengan foto yang dimuat naik oleh Dato’ Siti tu. Katanya macam nak menunjuk-nunjuk kebahagiaan pula.Ha.. dek kerana komen tersebut, peminat Dato’ Siti pun apa lagi, teruslah berdebat mempertahankan idola mereka. 
Yelah, takkan nak share foto dengan suami pun salah kan? Bukannya censored part pun!Tak dapat dinafikan, semua orang ada pendapat masing-mas…

Respon Lana Nordin isu gambar intim dengan lelaki bertatu

Pelakon Lana Nodin berharap fotonya bersama seorang pemuda bertatu yang dimuat naik di Instagram tidak dijadikan isu besar.

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin, 35, berkata, dia terkejut apabila foto yang dimuat naik itu menjadi perbualan hangat pengikut-pengikutnya yang menyifatkan lelaki tersebut tidak layak menjadi kekasihnya kerana mempunyai tatu pada lengan.

"Pertama sekali, lelaki itu bukannya kekasih saya pun dan dia hanyalah jurulatih terjun udara (skydive) saya.

"Dia seorang lelaki berkacukan Amerika - Korea dan saya rapat dengannya. Tetapi tidaklah sampi menjalinkan hubungan yang serius, " katanya yang dihubungi mStar Onlinemenerusi aplikasi WhatsApp di sini pada pagi Isnin.

Lana kini sedang bercuti di negara Jepun selain mengambil kursus terjun udara di negara tersebut.

Pada Ahad, Lana telah memuat naik foto bersama seorang puda kacak di Instagram miliknya.
Foto tersebut mengundang kekecohan di kalangan pengikut-pengikut Lana selepas melihat lelak…

4 Gambar terkini bertudung Ayu Raudhah yang paling cantik

Dalam sibuk menghitung hari untuk bersalin anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Zain Saidin, Rozita masih sempat menguruskan perjalanan Butik Padusinya yang beralamat di No 17, Level 1, Jalan USJ 10/1F, Subang Jaya, Selangor.

Biar sudah mempunyai pengalaman melahirkan dua anak sebelum ini menerusi perkahwinan pertamanya, Rozita mengakui debaran itu sesekali bertandang saat menunggu kelahiran bayi perempuannya.

"Kalau nak kata tak berdebar, macam tipu juga. Bayangkan dulu saya beranak di usia 20 tahun. Ini selepas 16 tahun, nak rasai balik benda yang dulu, lain macam jugalah rasa berdebar itu."


Sementara itu, Rozita berkata butik Padusinya kini sedang rancak mempromosikan jubah wanita penuh glamor untuk digayakan pada sambutan Aidiladha yang jatuh 5 Oktober ini.

"Kalau siapa nak beli jubah ini boleh terus ke butik kami di Subang Jaya. Keindahan jubah ini kalau dipadankan dengan tudung pasti menambah seri di pagi raya. Jubah moden ini sarat dengan dengan perincian …

4 Gambar kahwin Fiffy Natasya dan Muslim Azman

Dengan sekali lafaz, pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya, 21, sah bergelar isteri kepada juruterbang sebuah syarikat penerbangan, Muslim Azman, 27, di kediaman keluarganya di Putra Height, di sini jam 11 pagi tadi.

Pasangan ini dinikahkan berwali bapa pengantin perempuan dan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Sujak.

Fiffy yang dihubungi memberitahu majlis sebentar tadi berjalan lancar seadanya.
"Saya gembira dan tenang melalui saat baru ini. Tak ada gementar sangat pun. Perasaan biasa-biasa saja."


Malam ini akan berlangsung persandingan kedua mempelai di Dewan Sri Melati, Presint 3, Putrajaya. Pasangan ini bertunang pada 21 Disember tahun lalu.
"Majlis bertandang sebelah suami belum ditetapkan lagi tarikhnya. Berkemungkinan hujung tahun ini dan ia akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan."
Fiffy dan suaminya juga tidak menolak untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
"Bab anak itu kalau ada rezeki c…

2 Foto fesyen terkini Yuna yang semakin pelik

Foto fesyen terkini Yuna yang semakin pelik - Apabila disebut mengenai fesyen tudung terkini, rata-rata remaja terutamanya mesti teringatkan penyanyi Yuna.

Kerana beliau merupakan seorang penyanyi yang selalu keluar di pentas nyanyian dengan imej fesyen tudungnya yang pelbagai. 
Fenomena fesyen tudung Yuna menjadi satu trend dan ikutan remaja masakini selain daripada fesyen tudung Wardina Safiyah dan Dato Siti Nurhaliza.

Bagi anda yang beragama Islam, dalam pemilihan tudung, menjadi satu kewajipan untuk memilih fesyen tudung yang mengikut landasan syariat Islam. 
Admin selaku seorang Muslim berasa bertanggungjawab dan tergerak hati untuk mengajak pembaca tidak kira lelaki atau perempuan agar sama-sama memilih fesyen masakini yang mengikut syariat. Eh, kenapa lelaki pula, lelaki tidak memakai tudung. 

Ya benar, namun lelaki juga sekiranya dia sayang ibu, isteri, atau kekasih kadang-kadang boleh menghadiahkan tudung sebagai lambang kasih sayang mereka, betul tak? Jadi pemilihan tudung y…

8 Foto Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian

Foto Tiz Zaqyah dan Daniel Haziq mandi basah di Pulau Perhentian - Amboi seronok betul pasangan baru ini iaitu Tiz Zaqyah dan teman lelakinya, Daniel Haziq. Bagus betul Tiz Zaqyah ini.

Mana tidaknya, di kala orang ramai mengambil keputusan untuk bercuti di luar negara, Tiz dan rakan-rakannya ke Pulau Perhentian untuk merehatkan badan.

Semangat cuti-cuti Malaysia sebeginilah yang kita mahukan. Sekurang-kurangnya dapat membantu perkembangan industri pelancongan Malaysia.
Sweet juga Tiz dan kekasih hatinya kan? Pakai baju sama. Hehehe. Memang comel betul. Sama cantik sama padan. Semoga hubungan mereka akan terus berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
Penulis agak jeles melihat Tiz dengan hebatnya menyelam dan melihat kecantikan dasar laut Pulau Perhentian. Memang cool sangat-sangat.









Punca sebenar ASTRO kerap ulang siaran TV didedahkan

Punca sebenar ASTRO kerap ulang siaran TV didedahkan - Jika dilihat pada laman Facebook Astro, banyak soalan yang diajukan oleh pengguna kepada admin laman berkenaan.

Yang bagusnya, boleh dikatakan setiap post pengguna dibalas oleh admin page berkenaan.

Terbaru, salah seorang pelanggan ASTRO telah merungut secara terbuka di page berkenaan mengenai kekerapan Astro mengulangi program televisyennya. Pelanggan tersebut ialah Mohd Ashaari dan beliau menulis seperti berikut:

“Astro setiap tahun ulang-ulang saja ceritanya. Astro.. Astro..”

Rungutan ini telah dibalas dengan panjang lebar oleh admin page berkenaan. Admin page berkenaan turut menjelaskan Astro sebenarnya mengulangi program TV mereka supaya mereka yang terlepas siaran boleh menontonnya semula siaran tersebut di lain waktu kerana kelainan jadual peribada.

Menurutnya juga, syarikat tersebut sememangnya beroperasi berdasarkan prinsip ulangan siaran. Harap dengan penjelasan ini, para pengguna dapat memahami situasi yang sedang dialam…

5 Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun

Foto terkini Emi, isteri keempat Saleh Yaakob semakin cun melecun - Mari layan sekeping gambar wajah terkini isteri keempat penyampai radio terkenal, Saleh Yaakob yang bernama Emi atau nama penuhnya Samihah Sheikh Ali.

Usia isterinya masih muda iaitu 27 tahun, seorang yang semakin cantik dan memiliki kulit putih serta bentuk badan yang langsing dan menawan. Bertuah sungguh pelawak dan pengacara terkenal Salleh Yaakob, tak gitu?