Punca di sebalik penceraian Ezany Nizariff & Lizda Nuryanti

Punca di sebalik penceraian Ezany Nizariff & Lizda Nuryanti - Keretakan rumahtangga pasangan Ezany Nizariff dan Lizda Nuryanti sudah kedengaran sejak semalam apabila sebuah portal hiburan terkenal menulis artikel tentang desas-desus mereka bakal bercerai.

Bagaimanapun, sehingga lewat malam tadi tiada sebarang pengesahan dibuat oleh kedua belah meskipun mereka masing-masing telah memuatnaik status di facebook yang seakan menggambarkan sedang dalam proses penceraian.

Hari ini, menerusi media massa, Ezany Nizariff memberitahu bahawa dia dan isteri memang sedang proses bercerai. Punca mereka bercerai adalah disebabkan oleh pemintaan Lizda Nuryanti yang dekad bercerai sejak dulu lagi. Kredit penuh kepada akhbar mstar.

"Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi. Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia.

"Tunggulah nanti apa keputusan hakim. Sekarang ini pun masalah masih belum selesai. Saya pun enggan komen panjang kerana takut ia boleh menjejaskan kes kami."


0 Response to "Punca di sebalik penceraian Ezany Nizariff & Lizda Nuryanti"

Catat Ulasan

dzulCYBER