Pendedahan wajah sebenar Ramlah Zainal, kekasih baru Jamal Abdillah

Pendedahan wajah sebenar Ramlah Zainal, kekasih baru Jamal Abdillah - Sebelum ini Raja Pop negara, Dato' Jamal Abdillah pernah digosipkan bercinta dengan anak didiknya, Nas Adila namun khabar angin itu berlalu begitu sahaja kerana kedua-dua pihak menafikan ada menjalinkan sebarang hubungan cinta.

Lebih menguatkan penafian ini ialah pengakuan penyanyi Aliff Razali, teman lelaki sebenar Nas Adila yang mereka bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Begitupun janji itu sehingga kini belum menjadi kenyataan mungkin kerana mereka masing-masing sibuk.

Berkenaan Jamal Abdillah pula, portal murai telah berkongsi satu artikel yang mendakwa penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wartawan hiburan harian metro iaitu Ramlah Zainal. Orangnya memang manis dan cantik malah sering menjadi rebutan ramai lelaki kacak di luar sana.

Ramlah pernah berkahwin sebelum ini namun jodoh dengan suami tidak panjang kerana Allah lebih menyayanginya. Jom layan gambar wajah sebenar wanita bertuah ini di bawah.



0 Response to "Pendedahan wajah sebenar Ramlah Zainal, kekasih baru Jamal Abdillah"

Catat Ulasan

dzulCYBER