Mesej aneh Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami sebelum terhempas

Mesej aneh Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami sebelum terhempas"Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui ALLAH takkan kembali."

Itulah antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin.

Mohamed Affendi, 43, berkata isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu.

"Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu ALLAH, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap ALLAH dalam keadaan yang diredai."

Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam. Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

"Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya."


Mohamed Affendi turut berharap agar jenazah isteri beliau dapat dibawa pulang supaya dapat disempurnakan sebaik mungkin.

Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri, Mohamed Affendi berkata beliau diberitahu besar kemungkinan jenazah akan dikenal pasti di kawasan kejadian.

"Pihak keluarga akan diberitahu secepat mungkin mengenai urusan di sana."

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine malam semalam membawa 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.


20 Responses to "Mesej aneh Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami sebelum terhempas"

  1. Tabahlah hati dgn ujian Allah...kita yg diuji Allah antara yg bertuah merasai ujian hebat ini....

    BalasPadam
  2. Al fatihah buat keluarga mangsa..Allah SWT lebih menyayangi mereka.

    BalasPadam
  3. Alfatihah,,,, semoga diterima disisiNya

    BalasPadam
  4. Sebenarnya kapalterbang yang ditembak itu ialah MH370 dan bukannya MH17 seperti yang diputarbelitkan oleh Media.

    MH17 tidak ditembak, malah masih beroperasi di KLIA.
    Para penumpang yang dikatakan telah menaiki MH17 di Schiphol Airport Amsterdam itu sebenarnya telah diculik oleh Yahudi.
    MH17 telah dibatalkan penerbangannya pada hari tersebut.

    Schiphol Airport Amsterdam merupakan pengkalan Zionist MOSSAD.
    Terdapat beberapa peristiwa yang membongkar kegiatan di Schiphol Airport yang dikaitkan dengan kegiatan rahsia MOSSAD. Antaranya peristiwa-peristiwa berikut;


    1. Kapalterbang Israel mempunyai status istimewa di lapangan terbang schipol. Pada tahun 1992, Pesawat kargo ke Tel-Aviv El Al yang membawa bahan-bahan terlarang untuk perang biologi , yang di buat di US dan untuk dihantar ke Israel, terhempas di Amsterdam melanggar bangunan apartment. Pada mulanya di rahsiakan oleh pihak Belanda atas permintaan Israel tetapi didedahkan dalam satu lapuran rasmi pada Oct 1998, akhbar NRC Handlesblad melapurkan dari dokumen rasmi penyiasatan kapalterbang yang terhempas tersebut membawa 190 litre dimethyl methyl phosphonate, kimia yang digunakan untuk hasilkan gas beracun sarin.
    2. Pengakuan bekas menteri pertahanan Belanda Henk Vredeling dalam temubual TV NOS mengaku Belanda menjadi proksi Israel dalam perang Yom Kippur. Mereka menggunakan Schiphol Airport untuk menghantar bekalan senjata secara rahsia ke Israel dalam perang Yom Kippur 1973. Pada 29 Januari 1999, Hakim Besar Belanda mengaku kakitangan sekuriti El Al di Schiphol Airport adalah cabang polis rahsia Israel MOSSAD.
    3. Pada 25 Desember 2009, terdapat cubaan untuk meletupkan pesawat Northwest Airlines Flight 253. Seorang lelaki Nigeria Umar Farouk Abdulmutallab cuba meletupkan letupan disembunyikan dalam seluar dalamnya tetapi gagal. Ia didakwa sebagai rancangan al-Qaeda untuk meletupkan kapalterbang tersebut. Terdapat lapuran lelaki tersebut diberi kebenaran memasuki pesawat walaupun tidak mempunyai passport.


    Jadi kenapa Media mengatakan MH17 yang ditembak?

    Jawapannya ialah:

    Yahudi isreal ingin memulakan peperangan darat di Gaza dan untuk itu mereka memerlukan suatu insiden atau peristiwa yang besar berlaku supaya pandangan dunia dapat dialihkan.
    Jadi mereka telah merancang untuk menggunakan kapalterbang MH370 yang mereka rampas 4 bulan yang lalu dan mereka ingin menghempaskannya di Ukraine dan menyalahkan Rusia.

    Mereka memasukkan mayat-mayat penumpang MH370 yang telah mereka awetkan itu kedalam kapalterbang MH370 dan mereka melancarkannya sebagai MH17.


    Mereka menggunakan sistem radar untuk mengawal MH370 dan selepas sampai di Ukraine, mereka melancarkan roket ke arah MH370 dan meletupkannya.

    Dalam sekelip mata, Amerika menuduh Rusia yang bertanggungjawab meletupkan pesawat itu.

    Berikut adalah bukti-bukti yang penting untuk kita renungkan:

    1) Mayat-mayat yang dijumpai itu telahpun reput dan tidak ada sebarang kesan darah.
    2) Terdapat kesan-kesan penyeksaan pada badan mayat-mayat.
    3) Passport –passport yang dijumpai disitu menunjukkan tidak ada sebarang kesan terbakar dan masih baru.
    4) Media-media mula melancarkan serangan menghentam Rusia.
    5) Tidak ada lagi berita tentang Gaza di Media.

    Apakah motif utama Yahudi Israel itu?

    MOTIFNYA IALAH SUPAYA DUNIA TIDAK LAGI MENUMPUKAN PERHATIAN KEPADA KEKEJAMAN YANG DILAKUKAN OLEH ISREAL DI GAZA.

    Sumber rujukan:

    http://jimstonefreelance.com./

    http://www.washingtontimes.com/news/2014/jul/18/pro-russia-rebel-commander-suggests-passengers-die/#ixzz37qkaKYMb

    http://nodisinfo.com/silicone-dummy-detected-wreckage-mh-17-hoax/

    BalasPadam
  5. Tinggi betul imaginasi ko yer

    BalasPadam
  6. fooohh... amat hebat imaginasi ko tp x leh pakai

    BalasPadam
  7. Imajinasi ni mmg tinggi..tapi ada sikit fakta yg agak buleh dibawak ke Mahakamah yaitu..

    1- kondisi jenazah2 yg agak mereput..sedangkan jenazah2 dijumpai tak sampai 3 hari selepas insiden.

    2-kondisi paspot yg agak baru n rapi..ini agak menimbolkan kemushkilan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yupp... 2 fakta yg bole dipertikai...

      Padam
  8. Aduhaii..tuhan jlah tau ap jd di dunia ni.moga kta yg msh ad dlindungi.

    BalasPadam
  9. Moga ALLAH memberi petunjuk apa yg sebenarnya berlaku...lemahnya kita...

    BalasPadam
  10. tggi sgt imgnasi diaa ne . kwn sy betugas d Amsterdam lah utk mh17 .. Cukup sekadar kt ckp " Al-fatihah " . Tak paya lahh mau panjg lebar .

    BalasPadam
  11. Biarlah apa yg berlaku...allah maha pencipta maha adil naha mendengar...setiap perbuatan pasti ada pembalasannya.....setiap yg bernyawa pastikan merasai mati.....al-fatihah.

    BalasPadam
  12. assalamualaikum..sy mohamed affendi khairuddin suami kpada arwah matura mustafa..mngucapkn jutaan terima kasih ats doa saudara2 smua..hanya Allah yg maha mngetahui..sbagai manusia jgnlah kt melebihi ketentuan Allah..pd pihak yg tidak tahu ape yg berlaku tlg jgn memutarbelitkn keadaan..apepun sy mngucapkn terimaksih skali lg pd smua..assalamualaikum

    BalasPadam
  13. Saudara mohamed affendi, takziah dari saya dan isteri. Hanya Allah yang tahu apa perasaan saudara. Semoga Allah beri kekuatan pada saudara dan juga ditempatkan roh mastura dikalangan yang Allah sayang.

    BalasPadam

dzulCYBER