Baguslah orang tua tu mati dengan #MH17 - Lisa Hasyim

Lisa Hasyim hina dan perlekeh pesawat MH17 - Dikala orang ramai masih terkejut dan terkedu dengan tragedi yang menimpa pesawat MH17 selepas dilaporkan terhempas akibat ditembak di Sempadan Rusia, lain pula reaksi seorang pemilik akaun twitter bernama Lisa Hasyim yang terang-terangan menghina dan mencemari hastag #MH17.

Tiada siapa tahu apa motif sebenar wanita terbabit berbuat demikian namun ia jelas menunjukkan beliau tidak sensitif dengan perasaan ahli keluarga penumpang yang terkorban.

Adakah bapanya Lisa memang berada dalam pesawat tersebut? Dia seakan berniat mahu membunuh ayahnya sendiri selain memperbodohkan orang ramai yang sibuk memperkatakan mengenai tragedi yang menimpa pesawat MH17.

Menariknya, akaun twitter LisaHasyim rupanya baru sahaja diwujudkan beberapa beberapa jam lalu yang dipercayai berniat untuk mencemari hastag #MH17. Kredit kepada blog mymediahubonline



2 Responses to "Baguslah orang tua tu mati dengan #MH17 - Lisa Hasyim"

  1. Ini jenis orang yang suka cari publisiti. Nak famous cepat, nak ada ramai followers. cis !

    BalasPadam

dzulCYBER