Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Reaksi Erra Fazira paling mengejutkan isu keretakan rumahtangga Awie

Reaksi Erra Fazira paling mengejutkan isu keretakan rumahtangga Awie - Pelakon Erra Fazira yang ditemui semasa majlis pelancaran filem Warna Cinta Impian di Hotel Le Meridien Hotel Kuala Lumpur telah memberitahu bahawa untuk raya kali ini dia akan beraya bersama-sama dengan puteri kesayangannya, Aleesya.

“Alhamdulillah pada tahun ini giliran saya bersama Aleesha untuk beraya bersama. Lagipun kampung saya tidaklah terlalu jauh hanya 45 minit sahaja dari KL.”

Tambahnya lagi, raya pada tahun ini disambut secara bersederhana sahaja dan tidak terlampau mewah. Dia turut memberitahu kepulangannya itu juga untuk bersama-sama ibu tercinta di kampung halaman yang kini kurang sihat.

“Raya pada tahun ini sangat sederhana dan saya hanya menyediakan beberapa helai pakaian untuk Aleesha dan beberapa lagi yang lain untuk keluarga saya. Setakat ini anak saya sihat dan semakin membesar. Kepulangan ini juga untuk menjenguk ibu saya yang kurang sihat.”


Sementara itu, Erra Fazira juga agak sedikit terkejut …

Sheila Majid mengamuk Chow Jack gelar Aidilfitri syaitan dan sebulan puasa makan babi

Sheila Majid mengamuk Chow Jack gelar Aidilfitri syaitan dan sebulan puasa makan babi - Sebelum ini Alvin dan Vivian telah dikecam teruk oleh masyarakat kerana telah didakwa menghina Islam dengan memuatnaik foto bersama kapsyen menyindir berbunyi "Selamat Berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh.. Wangi, enak dan menyelerakan."

Dilihat tidak mengambil iktibar atas perkara tersebut, individu bernama Chow Jack pula telah memuatnaik status berunsur perkauman di laman Facebooknya.

Prihatin dengan isu semasa, Sheila Majid menyelar tindakan tidak bermoral itu dan menganggap bahawa individu tersebut mempunyai mentaliti yang rendah.

Luahan perasaan Sheila Majid itu mendapat sokongan ramai apabila foto tersebut mendapat lebih250 likes dan komen daripada para peminatnya.


Kebanyakan mereka turut menyatakan rasa kesal terhadap perkara tersebut dan meminta agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan ke atas individu itu.

Seharusnya status yang sedemikian tak patut wujud. Kita kan duduk dalam …

Luahan sedih Ifa Raziah isu pembedahan payudara di awal ramadhan

Luahan sedih Ifa Raziah isu pembedahan payudara di awal ramadhan - Sebelum ini, pengacara dan pelakon Ifa Raziah sudah menjelaskan pembedahan yang dilakukan pada awal Ramadan lalu adalah disebabkan jangkitan vrisu yang dialami di bahagian payudaranya.

Begitupun, masih ada pihak tertentu yang kurang senang dan suka membuat cerita pembedahan itu sebenarnya dilakukan untuk menambah silikon bagi membesarkan asetnya.

Ifa Raziah berkata walaupun menyedari hal itu, dia sendiri tidak mengambil pusing dengan kata-kata setengah pihak kerana mereka tidak faham kesakitan yang dilalui.
“Orang tak faham apa yang saya lalui dan kesakitan yang betul-betul saya alami. Jadi tak perlulah saya nak bertegang urat dengan mereka diluar sana untuk menjelaskan segalanya.
“Jika saya ceritakan yang betul pun mereka tetap mengutuk dan menghina saya. Jadi tidak perlu nak ambil kesah sangat dengan cerita seperti itu. Yang penting saya bertambah sihat dan kehidupan bertambah ceria disamping keluarga tercinta.”
Ifa Ra…

(Tahniah) Gambar Scha Al-Yahya selamat lahirkan anak perempuan

Gambar Scha Al-Yahya selamat lahirkan anak perempuan - Awal Ashaari menerusi akaun Instagram beliau hari ini memaklumkan yang isterinya, Scha Al-Yahya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang juga merupakan anak sulung pasangan ini.

“Assalamualaikum. Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua.”



Tweet lawak Khairy Jamaluddin (KJ) dan Syasya Mahmud

Tweet lawak Khairy Jamaluddin (KJ) dan Syasya Mahmud - Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin semenangnya seorang pemimpin yang romantik dan spoting. Beliau tidak mudah melatah dan meradang jika ada peminat yang cuba bergurau senda.

Buktinya, Khairy Jamaluddin atau lebih popular dengan panggilan KJ telah memuatnaik satu tweet berbentuk soalan kepada para pengikutnya mengenai lokasi di mana Sukan Komanwel tahun 2010 diadakan.

Tweet tersebut kemudian mendapat pelbagai respon dari orang ramai di laman sosial namun jawapan Syasya Mahmud antara paling mencuri tumpuan.



Ezany Nizariff dedah wajah sebenar lelaki skandal isterinya, Lizda Nuryanti

Ezany Nizariff dedah wajah sebenar lelaki skandal isterinya, Lizda Nuryanti - Boleh dikatakan kemelut rumahtangga pelakon Ezany Nizariff sudah diketahui ramai selepas beberapa tersiar di akhbar-akhbar utama.

Kes rumahtangga pelakon yang turut dikenali sebagai usahawan belacan ini menjadi panas apabila dia mengaku membuat laporan polis bahawa isterinya, Lizda Nuryanti Abidin lari mengikut lelaki lain dan hanya disedari ketika dia bangun untuk bersahur beberapa hari lalu.
Nampaknya mungkin kerana terlalu tertekan, Ezany dilihat berkongsi perasaan dan perkembangan terbaru kes isterinya dan lelaki tersebut menerusi laman sosial Facebook.
Hari ini sahaja, Ezany telah memuatnaik beberapa pos termasuk gambar isterinya bersama seorang lelaki dipercayai pihak yang didakwa telah melarikan isterinya selain menceritakan apa telah berlaku pada dirinya.

Selain itu, Ezany dipercayai telah pergi mencari lelaki tersebut di tempat kerjanya berdasarkan satu lokasi yang dikongsikan.



Tak dinafikan, memang…

Punca sebenar dan gambar Raja Farah kemalangan teruk

Punca sebenar dan gambar Raja Farah kemalangan teruk - Pelakon jelita yang mengambil keputusan bertudung pertengahan tahun 2011, Raja Farah difahamkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan kereta jenis Aveo miliknya selepas melanggar headwall sebuah culvert.

Menurut sumber, kemalangan teruk itu dikatakan berlaku disebabkan pemanduan tidak cermat Raja Farah di bahagian selekoh jalan sehingga terbabas dan tidak sempat membrek.

Bagaimanapun, Raja Farah hanya mengalami kecederaan di bahagian dada akibat terhentak.

Di laman Instagram peribadinya, beliau telah memuatnaik sekeping gambar sekitar situasi selepas kemalangan dan rawatan susulan yang dijalaninya. Di situ, ramai peminat meninggalkan komen nasihat agar aktres kesayangan mereka itu lebih berhati-hati dalam pemanduan. Ia turut disertakan kapsyen sederhana panjang berbunyi berikut :-

"Ya Allah..aku bersyukur kepada mu Ya Allah..Engkau telah melindungiku..Engkau telah memberiku peluang..aku bersyukur Ya Allah..

&quo…

Perubahan mendadak penampilan Juliana Evans yang paling mengejutkan

Perubahan mendadak penampilan Juliana Evans yang paling mengejutkan - Penampilan pelakon kacukan Melayu-Inggreris, Juliana Evans sememangnya diketahui sering seksi dan memukau ramai peminat yang bergelar lelaki.

Meskipun ketika ini beliau sedang menyambungkan pengajiannya di New York Film Academy untuk tempoh dua bulan namun perhatian orang ramai mengenai kehidupan hariannya tidak pernah putus-putus.

Baru-baru ini, Juliana telah terlibat dalam penggambaran sebuah filem Indie di New York yang memerlukannya bertudung. Perubahan mendadak ini merupakan satu transformasi permulaan buat bekas kekasih Zizan Razak itu.



Gambar romantik terkini Awie dan Erra Fazira di jalan raya

Gambar romantik terkini Awie dan Erra Fazira di jalan raya - "Baling belakang - semalam... sessi photoshoot.. buat tatapan raya pertama.. dengan siapa.. hmmm.. cer teka.." Itulah bunyi kapsyen yang ditulis oleh Erra Fazira bagi menggambarkan sekeping gambar romantiknya bersama Awie di jalan raya.

Memang amat mengujakan para peminat apabila melihat dua selebriti paling sensasi di industri tempatan ini kembali disatukan dalam sesi photoshoot semalam.

Gambar tersebut dimuatnaik Erra di laman Instagram peribadinya untuk tatapan peminat. Pasti ramai sudah lama merindui gandingan mereka berdua suatu ketika dulu.



3 Gambar intim Nelydia Senrose dan Syazwan Zulkifli cetus tanda tanya

Gambar intim Nelydia Senrose dan Syazwan Zulkifli tanda tanya - Selepas kontroversi intim bersama Sharnaaz Ahmad dalam drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Nelydia Senrose kini seperti bakal mengulangi gosip yang sama dengan pelakon Syazwan Zulkifli.

Ia berikutan tindakan Syazwan mula memuatnaik beberapa keping gambar intimnya di laman Instagram bersama dengan kekasih Qi Razali itu dalam sebuah telefilem baru berjudul Ada Apa Dengan Raya. Telefilem ini akan ditayangkan pada hari raya ini. - Murai Batu



Tabung dana khas Gaza oleh Yatt Hamzah dipertikai peminat

Tabung dana khas Gaza oleh Yatt Hamzah dipertikai - Ekoran wujud rasa simpati dengan nasib rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim Israel, maka wujudlah pelbagai tabung dana khas untuk membantu penduduk negara itu.

Begitupun, kewujudan pelbagai tabung dana khas itu menyebabkan ada segelintir pihak seolah-olah mempersoalkan hala tuju sebenar 'kepergian' sumbangan berkenaan.
Tidak kurang, ada juga yang mempertikaikan adakah sumbangan tabung dana khas berkenaan sampai ke tangan pihak yang sepatutnya?.

Menjawab mengenai perkara itu, pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah menyeru agar menghentikan sebarang pertikaian yang berbaur ke arah tersebut.

"Ya, saya tidak nafikan, dulu saya juga pernah berfikiran begitu iaitu ketika sebelum saya ada fahaman dan rasa cinta yang kuat terhadap penderitaan dan kesengsaraan masyarakat Palestin. Apatah lagi, apabila kita ini sebagai manusia, memang selalu berfikir dengan terlampau kompleks.

"Tapi, tolonglah janganlah mempersoalkan…

Fesyen ketat Yuna hiasi majalah Cosmopolitan amat mengejutkan

Fesyen ketat Yuna hiasi majalah Cosmopolitan amat mengejutkan - Terkejut dan terkedu seketika pandangan penulis tatkala menatap sekeping gambar Yuna sedang menghiasi majalah Cosmopolitan dengan memakai gaun yang ketat dan agak terdedah.

Ditambah pula dengan fesyen tudung penyanyi lagu Rescue itu yang sedia pelik menyebabkan penampilan Yuna sebagai penghias malajah tersebut kurang sesuai untuk dilihat oleh golongan remaja perempuan bertudung yang menjadikan beliau sebagai idola mereka.

Pendapat anda macam mana pula?



3 Gambar terkini Rozana Misbun, isteri Awie yang paling jelita

Gambar terkini Rozana Misbun, isteri Awie yang paling jelita - Sejak penyebaran beberapa keping gambar Rozana Misbun, isteri Awie dalam keadaan lebam teruk di bahagian muka akibat dipukul seseorang, kisah rumahtangga mereka kini menjadi perhatian hangat peminat dan pihak media.

Tentunya, Awie menjadi suspek utama di sebalik kes penderaan itu sehingga ia telah dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan lanjut. Begitupun, penyanyi rock terkenal itu mengaku tidak bersalah dan beliau telah diikatjamin sebanyak RM9,000 di mana tarikh sebutan semula ialah pada Ogos nanti.

Di laman sosial, seorang penggiat facebook yang tidak didedahkan identitinya telah memuatnaik satu komen yang menceritakan satu khabar angin yang dikatakan menjadi punca sebenar Awie bertindak mencederakan isterinya namun kebenaran cerita itu tidak dipastikan.

Berikut ialah dua keping gambar terkini Rozana Misbun yang terlalu jelita dan cun melecun. Menariknya, adik kepada Haliza Misbun itu lebih tinggi dari ayahanda Awie - gosi…

Punca sebenar Anzalna Nasir mengamuk di laman Instagram

Punca sebenar Anzalna Nasir mengamuk di laman Instagram - Semalam wartawan Harian Metro melaporkan bahawa pelakon jelita, Anzalna Nasir bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati, Mohamad Hanif Mohamad Zaki sekaligus akan berhenti berlakon.
Laporan itu tidak disenangi Anzalna sehingga menyebabkan beliau memuatnaik gambar tersebut di laman Instagram dengan kapsyen berbaur kemarahan berbunyi "Irresponsible Reporting? Whats app untuk tanya pasal gambar sahaja apa salahnya interview sekali.. kan dah bagi info SALAH!haih..Perlu ke mengungkit kisah lama? Di bulan yang mulia ni ada juga org nak membuka aib orang lain kan? Astaghfirullahaladzim.. 25min."


Berikut ialah isi kandungan penuh laporan yang dikeluarkan oleh Harian Metro semalam mengenai kisah silam Anzalna Nasir yang membuatkan pelakon itu naik angin. Walaupun memiliki Diploma Bahasa Perancis dari Launceston College, Tasmania, Australia dan boleh menjadi guru Bahasa Inggeris, Anzalna Nasir, 26, memilih lak…

Wajah sebenar Sharifah Anis Al-Idrus, kekasih baru Sharnaaz Ahmad?

Wajah sebenar Sharifah Anis Al-Idrus, kekasih baru Sharnaaz Ahmad - Pembabitan Anis Al-Idrus atau nama sebenarnya Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus, 26, dalam dunia peragaan bukan baru. Seingat Sha, dia aktif sebagai model sejak berusia belasan tahun.

Wajah cantiknya banyak menghiasi majalah dan kini bergelar pelakon. Kemunculannya dalam Selamat Malam Kekasih menerusi watak Maya Karmilla mendapat perhatian ramai. 
Drama lain dibintangi si cantik ini Gemersik Kalbu, Walid Walid, Tangisan Bulan Madu 2 dan Cuak.

Dalam pada itu, ada khabar angin pengusaha bisnes tudung Nishbyanisalidrus itu kini rapat dengan pelakon kegilaan ramai, Sharnaaz Ahmad.

Sejauh mana rapat tu, Sha tidak pasti tetapi menurut beberapa sumber yang boleh dipercayai, Anis dan Sharnaaz saling menyukai.

Melihat keperibadian Anis yang lemah lembut dan pandai bawa diri, siapa tidak jatuh hati. Kalau benar mereka ada perasaan antara satu sama lain, Sha tidak terkejut kerana sebelum ini ada peminat bercerita seronok melih…

Isteri Ezany Nizarif dilarikan seseorang pada waktu subuh

Gempar Lizda Nuryanti, isteri Ezany Nizarif ghaib dari rumah waktu subuh - Berikutan tindakan Lizda Nuryanti, isteri Ezany Nizarif tidak pulang rumah sejak empat hari lalu, aktor itu telah membuat laporan polis.

"Pada hari Khamis, 17 Julai yang lalu, saya terjaga daripada tidur kira-kira jam 5.30 pagi dan saya mendapati isteri saya tiada. Pintu bilik terbuka, pintu rumah pun tidak berkunci. Saya lihat kunci rumah yang selalu dia bawa pun ada di rumah. Saya cuba hubunginya tetapi gagal. Saya tidak tahu apa yang berlaku," demikian dakwa pelakon Ezany Nizarif, 41, mengenai satu laporan polis yang dibuatnya semalam.
"Saya buat laporan itu untuk tujuan keselamatan dan saya sendiri tak tahu apa status isteri saya sebenarnya. Sama ada dia menghilangkan diri, dilarikan, diculik atau sebagainya. Saya tak tahu isteri saya ke mana. Tapi ada sumber yang memberitahu saya, orangnya adalah seorang wanita.
"Dia telah menghantar mesej kepada saya menerusi laman Facebook dan mengatakan…

Luahan sedih anak lelaki Azrina Yakob, ketua pramugari MH17

Luahan sedih anak lelaki Azrina Yakob, ketua pramugari MH17 - Setiap kali ditanya tentang ketua pramugari Azrina Yakob, anak kecil beliau Aqil Rais Mohd Rafliz akan menjawab ibunya keluar bekerja dan pesawatnya meletup.

“Bila orang tanya dia selalu kata begitu. Tapi saya rasa dia tak faham apa dia cakap. Kemudian dia akan terus bermain dan kadangkala mengusik adiknya, Arissa Raisya, 3, tentang ibu mereka.”

Azrina, 41, merupakan salah seorang daripada dua ketua pramugari dalam pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Khamis lalu.

Penerbangan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur itu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal dan tiga bayi.

Zulkifli yang berkahwin dengan kakak Azrina berkata, Aqil Rais, 6, tak merasai kehilangan ibunya kerana mempunyai sepupu untuk bermain.

“Dia budak kecil. Walaupun ayahnya menjelaskan perkara sebenar, dia tidak banyak memberikan respons.

“Dia sudah biasa ditinggalkan apabila ibunya keluar bekerja. Mungkin dia akan mula terasa apabila semua orang t…

Video menyayat hati suara pramugara MH17 nyanyi lagu P. Ramlee buat Siti Noradziah

Video menyayat hati suara pramugara MH17 nyanyi lagu P. Ramlee buat Siti Noradziah - Rakaman lagu Dendang Perantau oleh seorang pramugara MH17 pasti menyentuh hati ramai orang yang mendengarnya. Shaikh Mohd Noor merakamkan lagu Aidilfitri tersebut sebelum berlepas dari Amsterdam menuju ke negara kelahirannya, Kuala Lumpur.

Adik Shaikh Mohd Noor, Siti Noradziah berkata apa yang paling terkesan dalam kalangan mereka adik-beradik ialah apabila Shaikh Mohd Noor menghantar klip suara nyanyiannya menerusi aplikasi WhatsApp.

"Masa hari jadi mak 14 Julai lepas, abang ada nyanyi lagu 'happy birthday' untuk mak dan hantar dalam group WhatsApp kami adik-beradik. Abang juga ada hantar lagu 'Dendang Perantau' dendangan P.Ramlee yang dia nyanyi kepada kami."
Menurut keluarganya di Klang, Selangor - Shaikh Mohd Noor antara kru yang sepatutnya menaiki pesawat MH 370 ke Beijing 8 Mac lalu. Namun perubahan jadual menyebabkan Sheikh Mad Nor tidak menaiki pesawat berkenaan.
Anta…

Gempar kumpulan puak pemisah rampas 196 mayat nahas pesawat MH17

Gempar kumpulan puak pemisah rampas 196 mayat nahas pesawat MH17 - Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Ukraine berkata puak pemisah mengambil semua 196 mayat yang ditemui petugas di tapak pesawat MH17 Malaysia Airlines terhempas.

Wartawan Associated Press (AP) melihat puak pemisah mengangkat mayat yang diletakkan dalam beg itu ke atas trak dan membawa pergi. 
Hari ini, wartawan AP tidak lagi dapat melihat sebarang mayat di lokasi pesawat terhempas.

Jurucakap Ukraine, Nataliya Bystro, berkata pertugas kecemasan bekerja dalam keadaan tertekan dan terpaksa memberikan mayat berkenaan kepada puak pemisah yang bersenjata.

Katanya, kerajaan tidak tahu ke mana mayat berkenaan dibawa - Berita Harian.

Wanita cantik dedah hasrat Shaikh Mohd Noor, pramugara MH17 meninggal dalam pesawat

Wanita cantik dedah hasrat Shaikh Mohd Noor, pramugara MH17 meninggal dalam pesawat - Seorang pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, Shaikh Mohd Noor Shaikh Mahmood pernah menyatakan hasratnya yang mahu meninggal dunia dalam kapal terbang sejak berlakunya insiden kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu.

Menurut adiknya, Siti Noradziah, 29, abang sulungnya itu sepatutnya terbabit sama dalam penerbangan MH370 namun kemudiannya dia telah ditugaskan untuk pesawat yang lain pada hari yang sama.

“Apabila berlaku insiden (kehilangan) pesawat MH370, abang ada beritahu sepatutnya dia pun terbabit sama (berada dalam MH370) tapi mungkin belum masa (ajal), sebab waktu itu dia kemudiannya ditugaskan untuk pesawat yang lain.”

Antara bait-bait ungkapan abangnya yang masih diingati ialah : “kenapalah abang tiada dalam pesawat MH370 tu..kan best kalau meninggal (dunia) dalam kapal terbang, satu dunia akan sedekahkan Al-Fatihah untuk abang.”


Menurut Noradziah lagi, mereka sekeluarga pada mulanya marah…

Mesej aneh Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami sebelum terhempas

Mesej aneh Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami sebelum terhempas"Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui ALLAH takkan kembali."

Itulah antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin.

Mohamed Affendi, 43, berkata isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu.

"Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu ALLAH, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap ALLAH dalam keadaan yang diredai."

Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam. Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).

"Saya m…

Senarai penuh rasmi penumpang dan krew pesawat MH17 yang terkorban

Senarai penuh rasmi penumpang dan krew pesawat MH17 yang terkorban - Selepas beberapa hari membuat penyiasatan dan penelitian berhubung identiti semua mayat penumpang dan krew yang terkorban, kini senarai penuh rasmi telah dikeluarkan menerusi akhbar tempatan.

Bukan sejumlah 295 orang terkorban seperti mengikut laporan awal tetapi 298 kesemuanya dengan mencatat 44 orang terkorban berbanding jangkaan awal 20 orang.

Ucapan al-fatihah kepada semua penumpang dan krew yang beragama islam dan takziah buat mereka yang bukan beragama islam. Ini merupakan satu tragedi yang paling menyayat hati dalam sejarah Malaysia.











Penampilan Wawa Zainal di Bazar Ramadhan yang paling memukau

Penampilan Wawa Zainal di Bazar Ramadhan yang paling memukau - Nampaknya, penampilan bertudung pelakon jelita kelahiran Lahad Datu, Wawa Zainal semakin ayu, memukau dan menakjubkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Rekaan fesyen tudung yang dipilih Wawa Zainal juga semakin labuh sehingga gaya pemakaiannya sebagai wanita islam terus terserlah. Ini dibuktikan dengan penampilan beliau di program FEMES BAZAR yang kini sudah memasuki episod keenam.

Program FEMES BAZAR merupakan kerjasama antara GUA, GUA MUZIK, TONTON, TONTON MUSIC, TIERRA CREST, MAHLIGAI CREATIVE, TENTDA, WIREFAME ENTERTAIMENT, LISA MAGAZINE, AZRAII ZULKIPLE, RAC PHOTOGRAPHY, FRESHIE JUICE dan ATIYA.MY.



Pendedahan mengejut Dora Shahila, pramugari MH17 mengenai tragedi pesawat bakal ditembak

Pendedahan mengejut Dora Shahila, pramugari MH17 mengenai tragedi pesawat bakal ditembak - Dora Shahila Kassim, pramugari MH17 seakan memberi bayangan apa yang akan berlaku kepada dirinya tentang kapal terbang ditembak sejak sebulan dahulu lagi.

"Ketika itu, kami sekeluarga bercuti di Bali (Indonesia). Ketika bersarapan di hotel, dia tanya saya, macam mana kalau suatu hari nanti, ketika dia bertugas, kapal terbangnya ditembak." 
"Saya pun apa lagi, terus marahkan dia kerana bercakap hal bukan-bukan. Tak sangka pula rupa-rupanya apa dia kata itu jadi kenyataan."

Ketika itu, mereka bersembang sambil membaca surat khabar yang menyiarkan analisis mengenai tragedi pesawat MH370. Tidak cukup dengan itu, ketika pertemuan terakhir mereka Isnin lalu, Dora Shahila ada menyebut tugasannya ke Amsterdam adalah penerbangan terakhir baginya.

"Selepas itu, dia kata mahu cuti panjang. Dia pun dah janji dengan anak tunggalnya, Nurliyana Yazeera Yazli, 15, yang bersekolah di Kolej …