HLIVE dedah gambar Farhan didera secara fizikal dan mental oleh Abby Abadi

HLIVE dedah gambar Farhan didera secara fizikal dan mental oleh Abby Abadi - Fanpage facebook rotikaya telah memuatnaik sekeping foto milik HLIVE! beberapa jam tadi yang membayangkan Abby Abadi mendera bekas suaminya, Noor Farhan secara mental dan fizikal.

Dakwaan itu turut diakui Farhan menerusi laporan mStar Online hari ini. Katanya, dia didera kali pertama oleh Abby Abadi pada Januari tahun lalu apabila bekas pelakon itu mengetahui Farhan pernah memberitahu rakannya yang mereka sudah tiada hubungan.

Ekoran itu, Abby dikatakan bertindak agresif dengan mencakar bahagian muka dan lengan kirinya pada 17 Mei lalu selepas dia tidak mahu berbincang mengenai kes perceraian mereka yang dilafazkan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang sedang berjalan di mahkamah.

“Kecederaan fizikal dan emosi menjadi antara sebab utama mengapa saya menceraikan dia (Abby) dan sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan ini yang memberi tekanan kepada saya sepanjang beberapa bulan ini.“




0 Response to "HLIVE dedah gambar Farhan didera secara fizikal dan mental oleh Abby Abadi"

Catat Ulasan

dzulCYBER