Reaksi Norman Hakim isu pergolakan Abby Abadi dan Farhan

Reaksi Norman Hakim isu pergolakan Abby Abadi dan Farhan - Pelakon terkenal dan bekas suami Abby Abadi, Norman Hakim mengakui terkejut dengan khabar angin tentang pergolakan rumahtangga bekas isterinya dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Untuk mendapatkan kepastian tentang perkara tersebut, Norman telah menghubungi Abby secara peribadi menerusi panggilan telefon.

Dalam pada itu, dia dan isteri, Memey turut memberitahu akan terus mendoakan mahligai perkahwinan mereka agar dapat bertahan dan apa sahaja masalah yang dihadapi dapat diselesaikan secara baik tanpa perlu melibatkan penceraian.

Untuk makluman, Abby Abadi telah memuatnaik satu status mengejutkan di laman Instagram miliknya yang berbunyi seperti rumahtangga mereka sedang bergolak. Status itu kemudian tersebar meluas di laman-laman sosial dan blog hiburan.



0 Response to "Reaksi Norman Hakim isu pergolakan Abby Abadi dan Farhan"

Catat Ulasan

dzulCYBER