Punca sebenar Sharifah Shahirah kemalangan teruk di lokasi penggambaran

Punca sebenar Sharifah Shahirah kemalangan teruk di lokasi penggambaran - Pelakon dan pengacara komedi terkenal, Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 40, terlibat kemalangan di lokasi penggambaran baru-baru ini.

Kejadian tersebut menyebabkan Shira mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan sakit-sakit badan. Beliau telah diberi cuti selama lima hari untuk berehat.

Menurut Harian Metro hari ini, kejadian kemalangan itu berpunca daripada reaksi terkejut kakak kepada pelakon kontroversi Sharifah Sakinah selepas melihat satu lembaga serba putih yang muncul secara tiba-tiba daripada belakang keretanya.

“Benda dah nak jadi, tak apalah. Yang penting, saya hanya mengalami cedera kecil di kepala dan sakit-sakit badan akibat terjatuh kerana ‘prank’ yang dibuat. Lainlah kalau cedera teruk, mungkin saya akan pertimbangkan tindakan lebih serius terhadap mereka. Lagipun, mereka (produksi) juga bertanggungjawab dan biayai bil perubatan saya.”


0 Response to "Punca sebenar Sharifah Shahirah kemalangan teruk di lokasi penggambaran"

Catat Ulasan

dzulCYBER