Punca sebenar Sharifah Aini dijangkiti H1N1

Punca sebenar Sharifah Aini dijangkiti H1N1 - Penyanyi veteran negara yang pernah popular pada era 80-an, Datuk Sharifah Aini, 61, disahkan menghidap penyakit virus Influenza A (H1N1) lima bulan lalu sehingga terpaksa ditahan di Hospital di bilik berasingan selama 28 hari.

Menurut Sharifah menerusi akaun facebook miliknya, jangkitan penyakit berbahaya itu berpunca daripada seorang wanita tidak dikenali yang menghidap batuk teruk ketika hadir ke majlis khatam al-Quran anjurannya atas pelawaan salah seorang tetamu jemputan.

Wanita itu baru pulang bercuti dari luar negara dan dikatakan hadir tiga malam berturut-turut ke majlis berkenaan. Setiap kali datang, wanita tersebut akan memeluk dan mencium pipi Sharifah sehingga menyebabkannya berpeluk dan tidak selesa.



0 Response to "Punca sebenar Sharifah Aini dijangkiti H1N1"

Catat Ulasan

dzulCYBER