Punca sebenar Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kemalangan jalan raya

Punca sebenar Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kemalangan jalan raya - Nampaknya, kejadian kemalangan jalan raya yang menimpa pemimpin-pemimpin politik semakin menjadi-jadi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Kalau sebelum ini Karpal Singh dan Adun Paloh YB Datuk Nazula, semalam pula ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah terlibat kemalangan ringan di Desa Sri Hartamas, di sini kira-kira jam 10 malam tadi.

Kejadian itu menyebabkan Anwar mengalami keretakan teruk pada bahagian tangan kanan berdekatan bahu badan manakala Wan Azizah hanya mengalami luka-luka kecil. Mereka kini dirawat di Hospital Pakar Damansara sebagai pesakit luar.

Menurut Harian Metro, kemalangan itu berpunca daripada kesilapan sebuah kereta yang tidak menyedari laluan di lokasi kejadian sudah berubah dan sebelum secara tiba-tiba merempuh kenderaan yang dinaiki Anwar Ibrahim bersama empat lagi penumpang lain.



0 Response to "Punca sebenar Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kemalangan jalan raya"

Catat Ulasan

dzulCYBER