Nur Fathia tampil seksi hiasi Majalah Cosmopolitan

Nur Fathia tampil seksi hiasi Majalah Cosmopolitan - Nampaknya, rezeki Nur Fathia semakin murah sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Mungkin kerana bakat lakonan dan kejelitaan semulajadi yang dimilikinya sehingga membuat ramai pengarah berpusu-pusu untuk menawarkannya berlakon.

Beberapa drama bersiri yang dibintangi Fathia sebelum ini pernah mencetuskan fenomena seperti Ariana Rose, Diandra dan Dalam Setiap Sujud. Bukan itu sahaja, kekasih kepada Aiman Hakim Ridza ini turut membintangi filem-filem telemovie selain menjadi duta bagi produk.

Terbaru, Nur Fathia berpeluang untuk menghiasi muka depan Majalah Cosmopolitan edisi Jun 2014. Walaupun bukan sekali dua menghiasi muka depan majalah-majalah tempatan namun imej terdedah yang ditampilkan beliau untuk majalah Cosmopolitan dikatakan agak seksi.

Dalam gambar itu, Fathia mengenakan gaun ala kemban warna jingga paras peha dan wajahnya nampak begitu berbeza sehingga didakwa mirip dengan beberapa artis Hollywood dan Bollywood seperti Katy Perry, Ashley Tisdale dan Katrina Saif.






1 Response to "Nur Fathia tampil seksi hiasi Majalah Cosmopolitan"

dzulCYBER