Wajah muda ibu Fasha Sandha kini didedahkan

Luahan sayu Fasha Sandha buat ibu tersayang - Semperna sambutan Hari Ibu yang jatuh pada tarikh 11 Mei 2014, salah seorang pelakon ternama tempatan iaitu Fasha Sandha tidak terlepas berkongsi luahan hati di laman Instagram peribadinya beserta dengan sekeping gambar emaknya pada era 80-an.

Luahan hati yang dimautnaik oleh Fasha amat menyentuh hati dan perasaan kebanyakkan pengikutnya di Instagram sehingga ada yang seakan menangis dan sebak. Secara jujur, penulis juga amat tersentuh memikirkan pengorbanan seorang ibu membesarkan anak dengan penuh kasih sayang tanpa mengharapkan balasan.

"Fashasandha This pic was taken when i was 5 years old. One of my fav pic of mama. Very classic. Dearest mama, my ibu,
Engkaulah RATU Hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu...
Terima kasih mama
Kerana membesarkan sendiri kami tanpa seorang ayah. Besarnya pengorbanan mama buat kami.Terima kasih kerana bekalkan donut gula besar kegemaran Sha ketika Sha di sekolah tadika. Sha ingat donut gula besar tu mama letak dalam beg sekolah Sha.
Sha takkan lupa sampai bila2.

Terima kasih mama kerana membesarkan kami dengan baik tanpa mengharapkan simpati daripada sesiapapun. Kami semua membesar dengan sempurna kerana mama. Terima kasih kerana memberikan kami pelajaran yang cukup dan memberikan kami kasih sayang yang sepenuhnya.
Sha akan ceritakan kepada anak2 Sha tentang kesusahan mama berkerja sendiri untuk membesarkan dan sekolahkan kami dahulu. Agar anak2 tahu menghargai dan bersyukur diatas segala kurniaan Allah.

Hari2 adalah hari ibu buat mama.
My supermom
Selamat hari ibu ️ @mamasandha
May 2014"




0 Response to "Wajah muda ibu Fasha Sandha kini didedahkan"

Catat Ulasan

dzulCYBER