Luahan sayu Dayana Lokman isu dimadukan Ashraf Muslim

Luahan sayu Dayana Lokman isu dimadukan Ashraf Muslim - Mungkin tidak ramai wanita bergelar isteri di luar sana yang mempunyai kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi penipuan apabila tanpa sebarang pengetahuan suami berkahwin secara senyap-senyap dengan wanita lain.

Namun itulah liku-liku hidup yang terpaksa dilalui Dayana Lokman, isteri pertama Ashraf Muslim. Penulis akui Dayana memang isteri yang terbaik dan berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan di luar dugaan.

Baru-baru ini, wanita bergelar doktor itu telah memuatnaik satu status terbaru di laman Instagram miliknya yang kedengaran sayu meminta peminat agar mendoakan dia dan madunya, Wan Sakinah boleh menjadi isteri-isteri yang solehah dan kekal bersatu.

Status Dayana itu membayangkan bahawa perkongsian hidup dengan Wan Sakinah semakin bahagia dari hari ke hari. Malah kehadiran bayi kecil bernama Sarah Ashraf yang baru berusia kira-kira dua bulan mengeratkan lagi hubungan dua wanita ini.

"Ya Allah..satukanlah hati kami.. jadikanlah kami isteri solehah yg terbaik buat suami kami..jadikanlah kami ibu yg terbaik buat sarah ashraf..jadikanlah kami anak yg terbaik buat ibu dan ayah kami..berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..aamiin."



15 Responses to "Luahan sayu Dayana Lokman isu dimadukan Ashraf Muslim"

  1. ya Allah..tabahkan hati wanita2 ini untuk menjalani liku2 kehidupan.....saya doakan semoga wanita2 ini bahagia hingga ke syurga.....bukan senang hidup bermadu untuk berbagi kasih....saya berasa begitu terharu melihatnya...maf dgn komen saya jika melukakan hati.....

    BalasPadam
  2. semoga ketaatan pd suami dpt d teruskan .redha dgn apa yg. berlaku. mgkin itulah jln hidup yg tlh d tentukan olehNya. dptkan redha suami..kemudian dptkan redha Allah. hidup d dunia utk bekalan d akhirat.sabar dlm semua hal..semoga Allah sentiasa campur tangan dalam kehidupan kita.

    BalasPadam
  3. insha allah. i will fllow you kakak dayana :D

    BalasPadam
  4. Sesungguhnya hidup di dunia hanya sementara.. bersabarlah sayang untuk menanti syurgamu di sana... amin..

    BalasPadam
  5. senyumanmu menggambarkan hatimu..tabahla wahai hati..andai ini takdirmu berserahlah pada yang Esa kerna Dia Maha Mengetahui isi hatimu..

    BalasPadam
  6. Ape bila d duga sedemikian memohon keredhaan Allah,hati menjd lebih tenang yakin lh sinar kebahgiaan itu pasti akn kita miliki,memaafkn juga menjdkn kita lbh mudah menjalani kehidupan seharian tnpa rasa dendam d antara satu sama lain,,Allah akn memberi sesuatu yg lbh baik buat diri kita tnpa kita ketahui dn sedari....Itulh yg telah sy alami ....

    BalasPadam
  7. aku takkan sekuat beliau rasanya

    BalasPadam
  8. payung emas buat mu dayana.....amin...

    BalasPadam
  9. Sangat respect pada Dayana kerana sikapnya itu..moga Dayana sentiasa sentiasa dikasihi Allah dan suaminya..

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah....doa buat dayana..smoga mnjdi isteri yg solehah dn hamba Allah yg dikasihi.....
    Dayana.....bahagia akn sentiaa mnjdi milikmu....insyaAllah

    BalasPadam
  11. Indahnya andai ada kesedaran juga pd madu pertama saya jika begini... da pernah berbaik tapi semuanya tk kena.salah dimatanya.moga tuhan bukak kan pintu hati dia seperti dayana

    BalasPadam
  12. Aku xsekuat dayana...ape pn aku doakan mereka bahagia...

    BalasPadam
  13. Amin....semoga terus kekal bahagia hingga ke jannah.

    BalasPadam

dzulCYBER