Gaya terkini Johan As'ari yang seksi dan menakutkan

Gaya terkini Johan As'ari yang seksi dan menakutkan - Sejak putus cinta dengan pelakon seksi, Lana Nordin tahun lalu, nama Johan As'ari seakan tenggelam dan tidak lagi menjadi sebutan orang ramai. Malah, aktor itu seperti sudah menyedari kesilapannya dan enggan lagi berkongsi kisah peribadinya kepada umum.

Baru-baru ini, Sinar Harian telah menghubungi Johan untuk bertanyakan tentang dirinya samada sudah mempunyai teman wanita baru atau masih solo. Pelakon itu bagaimanapun memberitahu mahu berhati-hati untuk kembali bercinta selain mengutamakan restu kedua ibubapa sebelum serius dalam perhubungan.

Dia turut menyatakan mempunyai ramai kawan wanita namun sekadar kawan biasa dan tidak lebih dari itu. Mari layan sekeping gambar terkini Johan As'ari yang agak seksi dengan bahagian matanya cukup menakutkan.


0 Response to "Gaya terkini Johan As'ari yang seksi dan menakutkan"

Catat Ulasan

dzulCYBER