Gambar Taiyuddin Bakar selamat dinikahkan di Madinah

Gambar Taiyuddin Bakar selamat dinikahkan di Madinah - Alhamdulillah dan tahniah buat pelakon komedi terkenal, Taiyuddin Bakar yang selamat bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya di Madinah semalam.

Taiyuddin atau nama sebenarnya Sallehuddin Abu Bakar, 31, berasal dari Muar, Johor dan banyak kali membintangi drama bersiri, filem dan teater. Antara drama yang pernah menaikkan namanya ialah Anak Pontianak (2007), Misteri Penarik Becha (2008) dan Apa Celop Toqq (2012).

Manakala untuk filem pula ialah Mukhsin (2006), Sini Ada Hantu, Libas (2011), Jangan Pandang Pandang, Mael Lambong (2012), Hantu Gangster dan Hantu Bonceng (2011).



0 Response to "Gambar Taiyuddin Bakar selamat dinikahkan di Madinah"

Catat Ulasan

dzulCYBER