Gambar Brian McKnight peluk dan cium bibir pemberita TV3

Gambar Brian McKnight peluk dan cium bibir pemberita TV3 - Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Brian McKnight mengejutkan para penonton pada malam persembahannya di PWTC malam tadi (Jumaat) apabila bertindak memeluk dan mencium bibir seorang penyampai berita Nightline TV3 bernama Anita.

Tindakan itu menyebabkan Anita mengelak akibat terkejut dan tidak menyangka. Persembahan McKnight selama dua jam pada konsert tersebut mengangkat "More Than Words - An Intimate Evening with Brian McKnight" sebagai tema.

Antara lagu-lagu popular yang dinyanyikan bintang sensasi kelahiran Buffalo, New York itu ialah Find Myself, Don't Stop, Love of My Life, Only One, Another You, Crazy Love, My Kind Girl, Made For Love, Still dan beberapa lagi lagu hebat lain. Antara artis tempatan yang hadir pula ialah Anuar Zain, Noryn Aziz, Shasha Elite, Lisa Surihani dan suaminya, Yusry.



3 Responses to "Gambar Brian McKnight peluk dan cium bibir pemberita TV3"

  1. gelagat pembaca berita TV3 ini tentu disokong padu oleh Abu Amru Ularmak Muda UMNO....ini baru muslimah sejati katanya..kihkihkihkih

    BalasPadam
  2. Jangan jd org yg kurang pandai en mansor... kaitkan manusia yg xde kene mengena dengan gambar n situasi di atas..

    BalasPadam
  3. Anita Woo ni bukan orang Islam la... Cuba la check dulu kot ye pun. Tak habis2 politik... bangang...

    BalasPadam

dzulCYBER