Fesyen pelik rambut Zain Saidin, Rozita Che Wan mengamuk di Instagram

Fesyen pelik rambut Zain Saidin, Rozita Che Wan mengamuk - Sebelum ini Rozita Che Wan pernah menjadi perhatian peminat gara-gara berkongsi sekeping gambar romantis bersama suaminya, Zain Saidin di atas katil dalam keadaan seksi menerusi laman Instagram.

Apapun, perkara tersebut reda seminggu kemudian selepas Zain membuat penjelasan tidak mahu memadam gambar berkenaan. Terbaru, pelakon dan pengacara itu kembali diperkatakan segelintir peminat kerana mengubah warna rambutnya menjadi blonde.

Kritikan itu menyebabkan Rozita Che Wan naik angin dan membalas komen si peminat dengan jawapan dan kata-kata yang agak pedas namun ada benarnya. Reaksi aktres berusia 42 tahun itu turut mendapat sokongan dari kebanyakkan pengikutnya di Instagram.



0 Response to "Fesyen pelik rambut Zain Saidin, Rozita Che Wan mengamuk di Instagram"

Catat Ulasan

dzulCYBER