Aksi manja Ziela Jalil terserempak Hans Isaac

Aksi manja Ziela Jalil terserempak Hans Isaac - Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Ziela Jalil atau nama sebenarnya Norzilah binti Abdul Jalil, 45, telah memuatnaik sekeping foto yang mengandungi keterangan 'Datuk Hans Isaac' menerusi laman Instagram miliknya.

Foto tersebut diambil ketika Ziela Jalil terserempak secara tidak sengaja dengan kawan rapat Neelofa itu baru-baru ini di satu tempat yang dirahsiakan.

Perkongsian berkenaan menimbulkan tanda tanya dari kalangan wartawan samada Hans Isaac kini sudah bergelar Datuk atau Ziela sekadar bergurau. Ini kerana, tiada sebarang penganugerahan pingat kebesaran yang ditujukan kepada aktor kacak itu selain gelaran kontroversi oleh Kerajaan Naning.

Hans yang dihubungi media semalam bagaimanapun tidak menjawab sebarang panggilan disebabkan beliau sedang sibuk di Singapura atas urusan kerja. Apapun, jika benar Hans Isaac sudah bergelar Datuk maka ia satu berita gembira buat peminatnya.



0 Response to "Aksi manja Ziela Jalil terserempak Hans Isaac"

Catat Ulasan

dzulCYBER