5 Gambar sekitar majlis akad nikah Mak Mah

Gambar sekitar majlis akad nikah Mak Mah - Pelakon veteran Mak Mah atau nama sebenarnya Ruminah Sidek, 68, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan yang juga peneroka Felda Jelai Negeri Sembilan, Al-Fatah Rahim, 70.

Majlis akad nikah itu berlangsung di kediaman abang ipar pelakon itu di Klang kira-kira jam 9.20 pagi Sabtu yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid As Syarif, Meru Klang. Mohd Jani Sarman bertindak selaku saksi kepada majlis tersebut.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM300, tanpa wang hantaran berserta tujuh dulang hantaran yang berupa air minuman Twister, kasut, Al-Quran, beg tangan, kek, sejadah dan telekung. Manakala pihak lelaki pula menerima hantaran berupa tuala, tepak sirih, kek, satu set wangian, set pakaian, sejadah dan buah-buahan.

Antara selebriti yang hadir ke majlis berkenaan yang turut disiarkan secara langsung melalui program Nasi Lemak Kopi O ialah Abon, AR Badul, Aida Gadis Melayu, Adlin Aman Ramli dan isterinya Emelda Rosmila.






0 Response to "5 Gambar sekitar majlis akad nikah Mak Mah"

Catat Ulasan

dzulCYBER